CARA MASUK SINGAPORE GUNA KERETA (Apply & Harga VEP Online)

CARA MASUK SINGAPORE GUNA KERETA (Apply & Harga VEP Online)

MASUK SINGAPORE GUNA KERETA

Terkini dengan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura untuk kenderaan persendirian, semestinya ada diantara anda ingin mmebuat perjalanan ke Singapura semula. Walaubagaimanapun, situasi kini ada sedikit berbeza daripada kebiasaannya. Disini kami kongsikan kepada anda cara masuk Singapore menggunakan kereta sendiri, semoga membantu.

 

CARA RANTAS SEMPADAN DARI MALAYSIA KE SINGAPURA

Sekiranya anda ingin tahu cara masuk ke Singapura, pastikan anda mematuhi protokol yang telah ditetapkan iaitu:

  • Pasport yang sah.
  • Mempunyai aplikasi TraceTogether.
  • Mengisi kad ketibaan Singapura (SG) tiga hari sebelum tiba di pusat pemeriksaan.
  • Lengkap tempoh dos minimum sekurang-kurangnya dua minggu.
  • Mempunyai kad VEP/Autopass yang sah dan emel kelulusan Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA).
  • Kad ketibaan SG, bersama dengan pengisytiharaan kesihatan elektronik.

 

PERSEDIAAN SEBELUM MEMASUKI SINGAPURA(CARA MASUK SINGAPORE GUNA KERETA)

Berikut adalah merupakan persediaan yang perlu anda ketahui sebelum memasuki singapura dengan kenderaan sendir:

Kadar Harga Jalan Raya Elektronik (Erp)

  • ERP di Singapura adalah merupakan tol lebuhraya. Ia secara automatik mengurangkan kos tol daripada kad tunai anda apabila mengesan Unit Dalam Kenderaan (IU) yang perlu anda miliki semasa memandu di Singapura.
  • Anda boleh membeli unit IU di Pusat Servis IU di Singapura, atau menyewa unit IU di pusat pemeriksaan Tuas atau Woodlands.

Harga Petrol Singapura

  • Harga petrol do Singapura berkisar sekitar tanda SGD3 (RM 9.30). Harga yang tinggi ini bermakna anda mungkin ingin memasuki Singapura dengan tangki penuh petrol, dan memastikan perjalanan selesa.

Permit Masuk Kenderaan (VEP)

  • Anda perlu memperoleh VEP sebelum memasuki Singapura.
  • Permohonan boleh dibuat menerusi pautan ini: https://vep.jpj.gov.my/#/
  • Sila ambil perhatian bahawa anda perlu melakukannya dalam talian, kerana perkhidmatan permohonan VEP tidak akan tersedia di pusat pemeriksaan buat masa ini.
  • Anda kemudian boleh mengambil kad Autopass anda di Pusat Servis Johor Bahru LTA jika anda belum melakukannya.
  • Pastikan pendaftaran kenderaan, insurans dan cukai jalan anda sudah sedia, untuk memudahkan proses permohonan

Peraturan Topeng

  • Singapura telah melonjak ke tahap normal dengan peraturan topeng baru, menghapuskan keperluan memakai topeng di luar rumah mulai 29 Mac dan seterusnya.
  • Bagaimanapun, topeng masih perlu dipakai di dalam rumah dan di dalam pengangkutan awam.

 

CARA MASUK SINGAPORE GUNA KERETA

Pastikan permit masuk kenderaan (VEP) anda telah diperlohi, seterusnya berikut adlaah merupakan cara memasuki singapura:

  1. Pastikan lesen memandu masih hidup.
    • Saman bagi lesen yang tamat adalah RM3000.
    • Peraturan di Singapura sangta ketat dan tidak akan delepaskan selagi tak selesaikan bayaran saman
    • Jadi pastikan sebelum jalan kereta, lesen memandu belum tamat tempoh.
  2. Download app ‘SG Arrival Card’
    • Pada masa kini White card tidak perlu diisi lagi kerana telah digantikan dengan aplikasi SG Ariival Crad ini dan ianya dapat menjimatkan masa.
    • Download aplikasi dan isikan maklumat yang diperlukan
    • Perlu ada maklumat penginapan
    • Maklumat yang diperlukan di Imigresen Singapore
  3. Pembelian Autopass Card
    • Autopass Card ini sangat penting untuk digunakan semasa di Singapura. Anda dapat membelinya dengan harga 10SGD
    • Kegunaan kad ini adalah untuk masuk parking, tol dan akses ke tempat tertentu.
    • Autopass ni tak boleh dikongsi dengan kereta berlainan jenis. Setiap kereta dan jenis serta nombor pendaftaran memerlukan autopass sendiri.
    • Kaunter jualan autopass tersedia sebaik sahaja melepasi imigresen Singapore
  4. Pastikan ikut had laju yang ditetapkan.
    • Pastikan anda memandu kenderaan anda mengikut peraturan jalan yang hadkan pemanduan pada 70km/jam.

 

ARTIKEL LAIN

Cara Pilih & Beli Insurans Perubatan(Senarai Item Yang Perlu Ada)

 

2 thoughts on “CARA MASUK SINGAPORE GUNA KERETA (Apply & Harga VEP Online)”

Leave a Comment