CARA MASUK SINGAPURA NAIK BAS(Pengalaman Bercuti Ke Singapore)

CARA MASUK SINGAPURA NAIK BAS(Pengalaman Bercuti Ke Singapore)

MASUK SINGAPURA NAIK BAS

Kepada anda yang merancang ingin berjalan-jalan di Singapura tetapi menggunakan kos yang jimat, anda boleh menaiki bas. Disini kami akan kongsikan kepada anda pengalaman yang dikongsikan berkenaan cara masuk ke Singapura dengan naik bas yang disediakan Causeway Link, semoga membantu.

 

APA ITU CAUSEWAY LINK

“Causeway Link: The Smiling Bus”, Handal Indah Sdn Bhd memulakan perkhidmatannya pada tahun 2003 dengan 8 bas dan memecahkan monopoli 30 tahun ke atas perkhidmatan bas rentas sempadan yang sebelum ini hanya dikendalikan oleh Syarikat yang berpangkalan di Singapura.

 

TEMPAT MENARIK DI SINGAPURA

Berikut adalah merupakan antara beberapa tempat menarik yang anda boleh lawati di Singapura iaitu:

  • Merlion Fountain dan Esplanade
  • Bugis Street
  • Pulau Sentosa
  • Universal Studios Singapore
  • Kampung Arab / Glam (Arab Street)
  • Masjid Sultan
  • Kg Kelam
  • Marina Bay
  • Garden by the bay

 

CARA MASUK SINGAPURA NAIK BAS

Kepada anda yang ingin ke Sinagpura dengan bas, sebaiknya anda membuat tempahan tike terlebih dahulu seperti berikut:

  1. Layari pautan CausewayLink
  2. Pilih pada perkhidmatan bus yang anda inginkan
  3. Seterusnya tick pada Book Express Bus Ticket
  4. Pilih pada perjalanan yang anda ingin
    • Depart From
    • Arrive At
    • of Passenger
    • Date Depart
  5. Setelah lengkap klik pada Book Now
  6. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai

 

PENGALAMAN MASUK SINGAPURA NAIK BAS

Berikut adalah merupakan antara pengalaman yang telah dikongsikan iaitu:

  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin Sentral (tambang RM30.30)
  • Naik bas CW2 Causeway Link dari Larkin Sentral ke terminal Queen Street (tambang RM4.70), bas kan berhenti di imigresen Johor dan imigresen Singapura. Korang perlu isi terlebih dahulu arrival card di ICA mobile apps sebelum nak masuk Singapura. Selesai urusan imigresen naik semula bas yang sama ke terminal Queen Street.
  • Sampai di terminal terus jalan kaki ke hostel Atlantis pods are Little India (harga satu malam RM89.11)
  • Perjalanan ke Singapura semuanya menggunakan MRT, tidak perlu beli tourist card hanya menggunakan debit card atau credit card. Total selama guna MRT 7.40 SGD/RM23.41
  • Internet roaming Digi 1GB RM5.00, di hotel korang boleh guna Wi-Fi sahaja.
  • Kos yang terlibat:
    • TBS – Larkin Sentral RM30.30
    • Larkin Sentral – TBS RM35.00
    • Larkin Sentral – Singapore RM4.70
    • Singapore – Larkin Sentral 4.80 SGD/RM15.00
    • Hotel (Hotel kapsul, Atlantis Pods) – 11
    • Public transport MRT – RM23.41
    • Roaming data RM5

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment