NO SIRI LESEN MEMANDU TIDAK SEPADAN(Cara Atasi & Selesaikan)

NO SIRI LESEN MEMANDU TIDAK SEPADAN(Cara Atasi & Selesaikan)

NO SIRI LESEN

Pada masa kini semestinya anda ketahui bahawa kebanyakkan urusan di JPJ boleh dibuat secara online menerusi portal  MySikap. Kepada anda yang mengalami permasalah semasa pendaftaran no siri lesen memandu tidak sepadan di portal MySikap atau MyJPJ, disini kami akan kongsikan caranya. Semoga membantu.

 

APA ITU MySIKAP JPJ

Portal MySikap ini merupakan merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh JabatanPengangkutan Jalan (JPJ) untuksemakanurusniaga yang berkaitandengan JPJ secara online bagi memudahkan urusan penggunanya  yang seterusnya membantu dalam mengurangkan kesesakan di Jabatan Pengangkutan Jalan.

 

KELAYAKAN DAFTAR MySIKAP JPJ

Berikut adalah merupakan kelayakan bagi pendaftaran kategori pengguna awam MySikap JPJ seperti berikut:-

  1. Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah; atau
  2. Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau
  3. Pemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP; atau
  4. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun; dan
  5. Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.

 

CARA DAFTAR AKAUN MYSIKAP JPJ

Seharusnya pengguna kali pertama seharusnya anda mendaftar akaun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Layari pautan MySikap
  2. Pada paparan utama, klik pada Daftar / Log Masuk Kali Pertama
  3. Isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia seperti:
    • MyKad
    • E-mel
    • Telefon Bimbit
    • Pengesahan E-mel
    • Siri Lesen Memandu Kompeten / No. Siri Lesen Memandu Percubaan
    • Rujukan (Jika ada)
  4. Setelah lengkap, masukkan Kod Sekuriti yang tertera dan klik Teruskan
  5. Ikuti langkah selanjutnya sehingga selesai

 

PUNCA RALAT NO SIRI LESEN MEMANDU TIDAK SEPADAN

Antara ralat atau permasalah yang berkaitan nombor siri lesen tidak sepadan  ini adalah berkaitan dengan kekeliruan seperti berikut:

  • Huruf ‘I ‘ – Tertukar sama ada huruf ‘i’ besar (I) ataupun ‘L’ kecil (l)
  • Huruf ‘O’ – Tertukar sama ada huruf ‘o’ besar (O) ataupun nombor kosong (0)

 

CARA ATASI NO SIRI LESEN MEMANDU TIDAK SEPADAN

Permasalahan ini kan terjadi kepada anda yang mempunyai no siri yang mempunyai dua huruf tersebut. Kepada anda yang ingin atasi ralat nombor siri tak sepadan ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pada ruangan maklumat Nombor Siri Lesen Memandu Kompeten / Nombor Siri Lesen Memandu Percubaan, masukkan dahulu nombor siri yang terdapat pada belakang lesen memandu anda sama ada huruf ‘i’ besar atau nombor kosong. Klik Hantar
  2. Sekiranya terpapar satu pop up nombor siri Kompeten tidak sepadan, anda boleh cuba tukar huruf ‘i’ besar atau nombor kosong (0) tadi kepada ‘L’ kecil (l) atau huruf ‘o’ besar. Klik Hantar
  3. Sekiranya berjaya bermaksud nombor siri yang anda masukkan telah sepadan. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau persoalan mengenai perkhidmatan MyJPJ, anda boleh berhubung melalui saluran berikut:

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment