Cara Tukar Nama TnG Touch N Go E Wallet
Pengguna ewallet pada masa kini memang meluas kerana memudahkan urusan pelbagai transaksi secara atas talian. Antara ewallet yang digunakan adalah Touch n Go eWallet. Untuk menggunakan perkhidmatan ewallet ini seharusnya anda mendaftar terlebih dahulu. Tetapi bagaimana semasa pendaftaran anda tersilap mengisi nama anda? Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk tukar nama pada TnG e wallet anda, semoga membantu.
APA ITU TOUCH n GO eWALLET?
Touch n Go (TNG) eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang).Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD). TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.
PERKHDIMATAN TERSEDIA TOUCH n GO eWALLET
TNG eWallet menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti berikut:
- Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain
- Tambah nilai prabayar telefon anda
- Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
- Beli tiket wayang
- Pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
- Pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
- Untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect
CARA TUKAR NAMA PADA TNG eWALLET
Kepada anda ynag ingin menukar nama pada aplikasi TnG eWallet anda, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi TnG eWallet dan log masuk ke akaun anda
- Pada paparan utama, klik pada ikon Profil
- Seterusnya scroll ke bawah dan pilih pada Berhubung Dengan Kami
- Baca terma & Syarat yang tertera dan klik pada Setuju
- Paparan pengesahan No telefon dan email anda yang berdaftara akan tertera. Sekiranya betul klik pada Sah
- Pada paparan seterusnya, klik pada ikon Tanya T@nGO
- Pilih pada Pengurusan Akaun > pilih pada Tukar Maklumat Peribadi
- Paparan chat akan tertera. Pilih sama ada:
- Disahkan eKYC – jika anda telah membuat pengesahan
- Tidak disahkan eKYC – jika belum buat pengesahan
- Pada paparan seterusnya, klik pada ikon ‘>’ dan seterusnya klik pada Bantuan Lanjut
- Pilih pada Ejen ‘Live Chat’ dan klik Mulakan ‘Live Chat’
- Tunggu sehingga giliran anda tiba.
- Setelah ejan mula melayani anda, nyatakan permasalah anda seperti:
- Nama di akaun Touch n Go eWallet tersalah ejaan sepatutnya Ahamd Bin Said tapi tersalah ejaan Said kepada Saed.
- Tunggu ejan tersebut membuat pengesahan dan pindaan maklumat anda. Sekiranya telah berjaya ditukar, ejan tersebut akan mengemukan maklumbalas seperti berikut:
- Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat anda yang berdaftar dengan Touch n Go eWallet telah dipinda. Sila log keluar dan log masuk semula untuk melihat butiran yang dikemas kini.
- Kemudian anda perlulah log keluar dan log masuk ekmbali akaun anda. Anda akan dapati ejaan nama anda telah diperbetulkan. Selesai.
TOUCH N GO eWALLET CARE LINE
Sekiranya terjadi permasalahan berkaitan aplikasi TnG eWallet ,anda boleh hubungi servis khidmat pelanggan Touch n Go di 0350223888.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Touch n Go ewallet, anda boleh melayari portal rasmi Touch n Go.
ARTIKEL LAIN:
- GoREWARDS TNG(Cara Pengaktifan & Dapatkan Semak Mata)
- CARA CANCEL DELETE AUTO DEBIT TOUCH N’ GO eWALLET(Aktif Auto Reload TnG)