MyKASIH SABAH SARAWAK LABUAN(Semakan Tarikh Bantuan)

MyKASIH SABAH SARAWAK LABUAN(Semakan Tarikh Bantuan)

Seperti yang anda ketahui, Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bantuan Prihatin Kasih, iaitu sebuah inisiatif cashless (Sistem MyKasih) yang menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan rumah. Kepada penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan, bayaran MyKasih ini adalah dalam bentuk sekaligus. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.


APA ITU BANTUAN SARA MYKASIH

Sumbangan Asas Rahmah (SARa) adalah merupakan jumlah tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelyakan bagi bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. SARA adalah kadar bantuan tambahan yang akan diberikan kepada golongan miskin tegar.

 

SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

 

CARA DAFTAR BANTUAN SARA MYKASIH

Tiada pendaftaran diperlukan kerana Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.

 

KADAR BANTUAN SARA MYKASIH

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM1,200 atau RM600 seperti berikut:

BILKATEGORI KELULUSAN STR 2024 (Miskin dan Miskin Tegar)AMAUN BAYARAN
1Isi Rumah

  • Kahwin
  • Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
RM1,200
2Warga Emas Tiada Pasangan
3BujangRM600

Nota : Amaun kelayakan SARA 2024 adalah tertakluk kepada fasa STR 2024 diluluskan.

 

KATAGORI BARANGAN ASAS BANTUAN SARA MYKASIH

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman (contoh: susu, milo, Nescafe, Teh)
  • Makanan dalam tin (Contoh: sardin)
  • Bahas Perasa (Contoh: sos, gula, kicap, garam)
  • Produk kebersihan,
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan.

 

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN SARA MyKASIH

Kepada anda yang ingin membuat semakan kelayakan, berikut adalah merupakan caranya:

Secara SMS

  • Anda akan menerima SMS yang memaklumkan bantuan anda telah diproses atau diluluskan.
  • Sila pastikan nombor telefon terkini anda didaftarkan dengan MyKasih.

Secara Online

  1. Layari pautan MyKasih
  2. Pada halama utama di bahagian atas, klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-)
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
  6. Paparan status kelayakan anda akan tertera

 

TARIKH BAYARAN MyKASIH SABAH SARAWAK LABUAN

Penerima bantuan SARA di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuanakan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang seperti jadual berikut:

FASATARIKH BAYARAN
(Sabah, Sarawak & WP Labuan)
KATEGORI STR (Miskin dan Miskin Tegar)
Isi Rumah & Warga Emas Tiada PasanganBujang

 

119 Februari 2024RM600RM300
212 Ogos 2024RM600RM300
JUMLAHRM1,200RM600

 

CARA SEMAKAN BAYARAN MyKASIH SABAH SARAWAK LABUAN

Kepada anda yang bedaftar menggunakan akaun bank, anda boleh menyemak bayar tersebut menerusi online banking bank yang telah anda daftarkan bemula tarikh bayaran diumumkan.

 

CARA SEMAK LOKASI KEDAI BANTUAN SARA MYKASIH

Anda juga boleh menyemak senarai kedai yang terlibat program MyKasih berhampiran anda seperti berikut:

  • Layari pautan Pasar Raya dan Kedai Runcit MyKasih
  • Masukkan Daerah dan Negeri pada ruangan tersedia
  • Setelah lengkap klik Cari
  • Paparan akan menunjukkan senarai semua kedai yang terlibat MyKasih

 

CARA GUNA BANTUAN SARA MYKASIH

Sekiranya anda penerima bantuan ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad untuk pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas kod barang – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan resit untuk semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai MyKasih, anda boleh melayari portal rasminya DI SINI

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “MyKASIH SABAH SARAWAK LABUAN(Semakan Tarikh Bantuan)”

Leave a Comment