KALKULATOR KIRA USIA KANDUNGAN(Kira Minggu Last Period)

KALKULATOR KIRA USIA KANDUNGAN(Kira Minggu Last Period)

KALKULATOR KIRA USIA KANDUNGAN

Setelah berusaha selama beberapa tahun, pasti pasangan suami isteri berasa sangat gembira apabila mendapati ujian kehamilan menunjukkan hasil positif.Tentunya, calon ibu hamil akan bertanya-tanya mengenai tarikh bersalin. Banyak persiapan dan pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan untuk menyambut kelahiran bayi dengan baik.Jadi, bagaimana sebenarnya cara untuk mengira kandungan hamil(KALKULATOR KIRA USIA KANDUNGAN)?

Isi Kandungan Cara Kira Kehamilan Yang Wanita Hamil(KALKULATOR KIRA USIA KANDUNGAN)Boleh Cuba

  1. Kaedah LMP
  2. Kiraan Hamil Dengan Menggunakan Kalkulator Tarikh Bersalin
  3. Kiraan Hamil Mengikut Tarikh Konsepsi (Persenyawaan)
  4. Cara Kiraan Tarikh Bersalin Untuk Bayi IVF
  5. Kaedah Ultrasound Cara Kira Kehamilan Yang Wanita Hamil Boleh Cuba
  6. Kaedah LMP Secara umumnya, majoriti kehamilan berlangsung kira-kira 38 minggu atau 40 minggu sejak konsepsi.

KAEDAH LMP

Oleh itu, cara terbaik bagi menganggarkan tarikh jangkaan bersalin adalah dengan mengira 40 minggu atau 280 hari dari hari pertama haid terakhir (LMP) anda.

Selain itu, anda juga boleh menolak 3 bulan daripada hari pertama haid terakhir dan kemudian menambah 7 hari.

Secara ringkasnya, kiraannya adalah seperti berikut:

Tarikh hari pertama haid terakhir (LMP) – 3 bulan + 7 hari

Contohnya, jika haid terakhir anda bermula pada 12 April, ditolak 3 bulan (12 Januari) dan kemudian menambah 7 hari, jadi tarikh bersalin akan jatuh pada tanggal 19 Januari.

Kaedah ini juga sering dipraktikkan oleh doktor untuk menganggarkan due date ibu hamil.

  1. Kiraan Hamil Dengan Menggunakan Kalkulator Tarikh Bersalin Ibu hamil juga boleh membuat jangkaan tarikh due date menggunakan kalkulator bersalin.

Caranya ialah dengan mengisi tarikh haid terakhir dan tempoh kitaran haid.

Anda boleh cuba kalkulator bersalin yang disediakan oleh Huggies.

  1. Kiraan Hamil Mengikut Tarikh Konsepsi (Persenyawaan) Pengiraan due date mengikut kaedah LMP pada kebanyakan masa sesuai untuk kiraan bagi wanita hamil dengan kitaran haid yang teratur.

Namun, jika anda alami kitaran haid yang tidak teratur, kaedah LMP mungkin tidak sesuai.

Oleh itu, anda boleh menggunakan tarikh konsepsi sekiranya anda mengingatinya.

Kemudian, anda hanya perlu tambah 266 hari bagi mendapatkan tarikh jangkaan bersalin.

  1. Cara Kiraan Tarikh Bersalin Untuk Bayi IVF Bagi yang belum tahu, tarikh jangkaan bersalin bayi IVF adalah lebih tepat berbanding proses persenyawaan semula jadi.

Bagi bakal ibu yang hamil melalui kaedah IVF, tarikh due date boleh dianggarkan dengan cara menambah 38 minggu iaitu bersamaan 266 hari bermula saat ovum melalui proses pembenihan.

Di samping itu, anda juga boleh menambah 38 minggu dan menolak jumlah hari implantasi embrio.

Ini adalah disebabkan tarikh akhir IVF tidak dikira berdasarkan hari persenyawaan. Sebaliknya, ia dikira berdasarkan tarikh pemindahan embrio.

Contohnya, jika anda lakukan pemindahan embrio selama 5 hari, tarikh anggaran bersalin adalah 261 hari selepasnya.

Bagi yang melakukan pemindahan embrio 3 hari pula, due date akan jatuh pada hari ke-263.

  1. Kaedah Ultrasound Kaedah kiraan hamil secara ultrasound dikatakan berguna bagi wanita yang tidak dapat mengenalpasti LMP atau alami masalah haid tidak teratur.

Cara ini juga dapat membantu para doktor menganggar minggu kehamilan berdasarkan pertumbuhan bayi anda.

Ia berdasarkan siri ukuran kantung kehamilan dan janin. Sonographer akan mengukut bayi bermula daripada kepala hingga kaki bagi mendapatkan crown-rump length (CRL), panjang embrio atau janin dari bahagian atas kepalanya hingga ke bawah bawah torso badan.

Bakal ibu juga perlu ingat bahawa bersalin 1 atau 2 minggu sebelum atau selepas tarikh anggarannya tetap dianggap normal.

Doktor juga akan memantau kehamilan dengan teliti bagi suatu tempoh untuk memastikan janin membesar dengan normal.

Sumber: HelloDoktor

 

Artikel Lain

BUKU PINK IBU HAMIL (Bila Boleh Buka Dokumen Harga Swasta)

Leave a Comment