SEMAKAN BAKI TERKINI BANTUAN SARA MYKASIH(Check Berapa Balance)
Seperti yang anda ketahui, Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bantuan Prihatin Kasih. Kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) yang akan menerima bayaran secara secara cashless (Sistem MyKasih) boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan rumah. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara semakan membuat semakan baki bantuan SARA MyKasih, semoga membantu.
APA ITU MyKASIH
MyKasih adalah merupakan organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.
FUNGSI MyKASIH
Apabila keluarga terpilih disetujui oleh Penderma, setiap keluarga akan memilih seorang penerima bantuan ini dalam kalangan ahli keluarga, dan butiran akaun MyKad mereka akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.
Penerima bantuan makanan akan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad mereka di kedai runcit yang terpilih dalam program ini.
SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH
Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
CARA DAFTAR BANTUAN SARA MYKASIH
Tiada pendaftaran diperlukan kerana Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.
KADAR BANTUAN SARA MYKASIH
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM1,200 atau RM600 seperti berikut:
BIL | KATEGORI KELULUSAN STR 2024 (Miskin dan Miskin Tegar) | AMAUN BAYARAN |
1 | Isi Rumah
| RM1,200 |
2 | Warga Emas Tiada Pasangan | |
3 | Bujang | RM600 |
Nota : Amaun kelayakan SARA 2024 adalah tertakluk kepada fasa STR 2024 diluluskan.
KATAGORI BARANGAN ASAS BANTUAN SARA MYKASIH
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman (contoh: susu, milo, Nescafe, Teh)
- Makanan dalam tin (Contoh: sardin)
- Bahas Perasa (Contoh: sos, gula, kicap, garam)
- Produk kebersihan,
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih setiap bulan seperti jadual berikut:
BULAN | TARIKH BAYARAN | KATEGORI STR (Miskin dan Miskin Tegar) | |
Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang
| ||
Januari | 22 Januari 2024 | RM100 | RM50 |
Februari | 1 Februari 2024 | RM100 | RM50 |
Mac | 1 Mac 2024 | RM100 | RM50 |
April | 1 April 2024 | RM100 | RM50 |
Mei | 1 Mei 2024 | RM100 | RM50 |
Jun | 1 Jun 2024 | RM100 | RM50 |
Julai | 1 Julai 2024 | RM100 | RM50 |
Ogos | 1 Ogos 2024 | RM100 | RM50 |
September | 1 September 2024 | RM100 | RM50 |
Oktober | 1 Oktober 2024 | RM100 | RM50 |
November | 1 November 2024 | RM100 | RM50 |
Disember | 1 Disember 2024 | RM100 | RM50 |
JUMLAH | RM1,200 | RM600 |
SEMAKAN TARIKH LUPUT BAKI BANTUAN SARA MYKASIH
Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walaubagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.
CARA SEMAKAN BAKI BANTUAN SARA MYKASIH
Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:
- Semakan baki melalui portal rasmi MyKasih
- Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-).
- Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
- Semakan baki pada resit pembelian:
CARA SEMAK LOKASI KEDAI BANTUAN SARA MYKASIH
Anda juga boleh menyemak senarai kedai yang terlibat program MyKasih berhampiran anda seperti berikut:
- Layari pautan Pasar Raya dan Kedai Runcit MyKasih
- Masukkan Daerah dan Negeri pada ruangan tersedia
- Setelah lengkap klik Cari
- Paparan akan menunjukkan senarai semua kedai yang terlibat MyKasih
CARA GUNA BANTUAN SARA MYKASIH
Sekiranya anda penerima bantuan ini, berikut adalah merupakan caranya:
- Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad untuk pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas kod barang – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan resit untuk semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Nota: Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.
MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN BAKI BANTUAN SARA
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai MyKasih, anda boleh melayari portal rasminya DI SINI
ARTIKEL LAIN:
1 thought on “SEMAKAN BAKI TERKINI BANTUAN SARA MYKASIH 2024(Check Berapa Balance)”