CARA KE THE EXCHANGE TRX GUNA MRT KERETA(Tempat & Harga Parking)

CARA KE THE EXCHANGE TRX GUNA MRT KERETA(Tempat & Harga Parking)

CARA KE TRX

Terkini semestinya anda ketahui bahawa terdapat sebuat pusat membeli belah terbesar baharu telah dibuka iaitu di Tun Razak Exchange (TRX). Kepada yang ingin mengunjungi pusat beli belah ini yang menempatkan kira-kira 500 kedai serta beberapa lagi tarikan menarik, disini kami akan kongsikan kepada anda cara ke TRX. Semoga membantu.

 

APA ITU TRX

Tun Razak Exchange atau ringkasnya TRX (dahulu dikenali sebagai Kuala Lumpur International Financial District atau KLIFD) merupakan sebuah kawasan pembangunan baru di Kuala Lumpur, Malaysia sempena nama Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak Hussein. Projek mega ini dirancang semasa era Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Najib Razak.

 

LOKASI TRX

TRX terletak di lokasi strategik di pintu masuk selatan ke pusat bandar Kuala Lumpur diapit oleh jalan arteri utama dan bersebelahan dengan Golden Triangle – komersial, membeli-belah di bandar ini pusat hiburan.

 

TARIKAN MENARIK DI TRX

Terdapat beberapa tarikan menarik yang boleh anda nikmati di sekitar TRX iaitu:

The ExchangeMerupakan destinasi membeli-belah, makan, riadah dan hiburan yang meriah yang mewakili lebih 400 kedai Terdapat banyak kedai jenama antarabangsa yang turut membuka cawangan disini.
Restoran dan kedai makanAnda boleh menjamu selera daripada pilihan makanan Jepun, Thailand dan pelbagai negara lain di The Exchange.
Taman rekreasiSebuah oasis bandar, TRX City Park ialah taman atas bumbung yang memperjuangkan biodiversiti dan kemampanan. Boleh diakses oleh orang ramai, taman ini mempunyai kehijauan melata, kawasan permainan kanak-kanak, tarikan air pancut dan kawasan teduh yang indah yang membolehkan anda menikmati ketengan, makan di kawasan terbuka, menyertai acara komuniti dan melakukan aktiviti sukan dan riadah.

NOTA: Bagi memudahkan perjalanan anda di pusat beli belah, anda boleh merujuk Direktori The Exchange

 

CARA KE TRX GUNA MRT

Berikut adalah merupakan cara untuk pergi ke TRX guna Transit Aliran Massa (MRT) iaitu:

  • The Exchange TRX terletak tidak jauh dari stesen MRT Tun Razak Exchange.
  • Anda boleh menaiki di mana-mana stesen MRT dan anda hanya perlu turun di stesen MRT Tun Razak Exchange
  • Kemudian anda perlu melalui laluan pejalan kaki yang menghala terus ke The Exchange TRX di tingkat Concourse.

 

CARA KE TRX GUNA KERETA

Berikut adalah merupakan cara untuk pergi ke TRX dengan menggunakan kereta iaitu:

  1. Anda boleh gunakan aplikasi waze atau maps dan taipkan sahaja The Exchange TRX atau TRX.
  2. Kebiasaannya antara jalan utama yang mungkin dilalui adalah Jalan Tun Razak, terowong SMART atau lebuh raya bertingkat MEX dan SPE.
  3. Berikut adalah merupakan panduan bagi setiap laluan yang anda lalui:
    • Dari arah Jalan Tun Razak: Jika anda dalam perjalanan dari Bulatan Kampung Pandan, terus ke kiri dan ikut jalan susur yang menghala terus ke Terowong TRX.
    • Dari arah Mont Kiara atau Damansara: Anda perlu terus ke kiri, kemudian belok ke jalan susur kanan yang akan memandu anda ke pintu masuk terowong TRX.
    • Terowong SMART : Anda perlu ambil jalan keluar bertanda ‘TRX’. Pintu ini membawa anda terus ke dalam perut Terowong TRX.
  4. Melalui terowong tersebut mempunyai empat jalan keluar berbeza yang boleh anda pilih namun kesemuanya menuju tempat yang sama iaitu terus ke The Exchange TRX.

 

HARGA PARKING KERETA DI TRX

Berikut adalah merupakan kadar bayatan tenpat letak kereta di TRX iaitu:

  • Hari berkerja: RM5 untuk jam pertama dan RM4 untuk setiap jam berikutnya dan had maksimum harian RM30.
  • Hujung minggu: RM3 untuk jam pertama dan setiap jam berikutnya dan had maksimum harian RM30.
  • Waktu Malam (5 petang dan 5 pagi): RM10 setiap kali kemasukan pada hari bekerja dan hujung minggu.
  • Motosikal: RM2 setiap kemasukan setiap hari, termasuk cuti umum.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatakan maklumat lanjut mengenai TRX, anda boleh melayari portal rasmi iaitu The Exchange TRX

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment