Gangguan Bekalan Air Pulau Pinang & Jadual Notis PBAPP Penang 2024

Gangguan Bekalan Air Pulau Pinang & Jadual Notis PBAPP Penang 2024

AIR PULAU PINANG

Kepada rakyat Pulau pinang yang menerima notis masalah gangguan bekalan air Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) tahun 2024, semestinya ingin mengetahui tempoh semasa pelaksanaan dan kawasan yang terlibat. Disini kami akan kongsikan kepada anda jadual notis PBAPP dan kawasan terlibat, semoga membantu.

 

Punca Gangguan Bekalan Air Pulau Pinang

Gangguan air ini adalah susulan bagi membolehkan kerja penggantian dua injap berdiameter 1200 milimeter (mm) pada saluran paip air terawat utama Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua serta paip berhampiran pagar LRA yang bocor.

Injap bocor itu menyebabkan Pulau Pinang mengalami kadar masalah air tidak terhasil (NRW) sebanyak 26.3 peratus setahun berdasarkan statistik 2022 selain ia turut menjadi punca operasi pengepaman air terawat di LRA.

 

Tempoh Gangguan Bekalan Air Pulau Pinang

Gangguan bekalan air berjadual 96 jam di Penang bermula dari 10 hingga 14 januari 2024

 

Kawasan Terlibat Gangguan Bekalan Air Penang

Berikut adalah merupakan antara kawasan yang terlibat gangguan bekalan air ini iaitu:

Bahagian Pulau
Seberang Perai

Untuk mendapatkan kawasan yang teperinci, anda boleh merujuk pada portal rasmi PBAPP

 

Jadual Pelaksanaan Gangguan Bekalan Air Penang

Berikut adalah merupakan jadual pelaksanaan PBAPP iaitu:

Kerja Kejuruteraan: Selesaikan Kerja dalam tempoh 24 jam

  • PBAPP akan mematuhi rancangannya mengenai kerja-kerja kejuruteraan bekalan air. PBAPP mesti menyiapkan semua kerja berkaitan penggantian 2 unit injap kawalan 1.2m di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, serta 22 projek penyelenggaraan pencegahan lain, seperti yang dijadualkan.
  • Dalam kes ini, mengikut jadual bermakna dalam 24 jam, menjelang 6.00 pagi pada hari Khamis, 11.1.2024.

Pemulihan Bekalan Air: Berpegang pada Sasaran

PeringkatMasa/Hari/Tarikh% of 590,000 pengguna terjejas
16.00 pagi, Jumaat, 12.1.202433% (kebanyakannya di Seberang Perai)
26.00 pagi, Sabtu, 13.1.202484% (Seberang Perai dan bahagian pulau)
36.00 pagi, Ahad, 14.1.202499.5% (kebanyakan Daerah Barat Daya, bahagian pulau)
4Baki 0.5% (Hujung Paip Agihan dan kejiranan di kawasan tinggi di bahagian selatan pulau)

 

Tanggungjawab Penduduk Kawasan Gangguan Bekalan Air 

PBAPP meminta pengguna-pengguna untuk membuat persediaan awal dengan menyimpan air mencukupi untuk menghadapi gangguan bekalan air ini. Pastikan premis anda dilengkapi dengan tangki simpanan air untuk meminimumkan kesulitan sepanjang gangguan.

PBAPP akan membuat makluman mengenai bantuan serta sokongan lain ketika gangguan bekalan air dari semasa ke semasa.

 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan PBAPP 24 jam di 04-255 8 255.

 

Artikel Lain:

Leave a Comment