Report Polis Kemalangan Selepas 24 Jam(Sendiri & Contoh)

Report Polis Kemalangan Selepas 24 Jam(Sendiri & Contoh)

REPORT POLIS KEMALANGAN

Apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya, adalah penting untuk menjaga ketenangan dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil jika anda terlibat dalam buat report polis kemalangan:

  1. Berhentikan Kenderaan di Bahu Jalan: Alihkan kenderaan ke bahu jalan atau berhenti di tempat yang selamat.
  2. Periksa Kenderaan/Kecederaan Anda: Keluar dengan berhati-hati dan periksa tahap kerosakan pada kenderaan. Pastikan juga untuk memeriksa kecederaan pada diri anda.
  3. Minta Bantuan Segera: Hubungi talian khidmat pelanggan syarikat insurans kereta untuk mendapatkan bantuan. Berurusan dengan pengendali trak tunda yang berdaftar dengan syarikat insurans anda dapat mengelakkan masalah lebih lanjut.
  4. Ambil Gambar, Butiran Saksi sebagai Bukti: Ambil gambar kawasan kemalangan, termasuk kenderaan yang terlibat dan kerosakan pada kenderaan anda. Catat butiran seperti nombor plat kereta, cukai jalan, kad pengenalan individu yang terlibat, lokasi, dan masa kemalangan.
  5. Segera Dapatkan Rawatan: Jika terdapat kecederaan, dapatkan rawatan di hospital dengan segera untuk memudahkan proses tuntutan insurans.
  6. Buat Report Polis Kemalangan: Segera ke balai polis untuk membuat laporan polis kemalangan. Laporan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.
  7. Maklumkan Syarikat Insurans: Beritahu syarikat insurans anda untuk memulakan proses tuntutan insurans kemalangan. Pastikan tuntutan dibuat dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan.
  8. Servis Kereta di Bengkel Panel: Hantar kereta ke bengkel panel insurans atau pusat servis yang dipercayai untuk memastikan pembaikan dilakukan dengan baik.
  9. Selesai: Tunggu sehingga proses pembaikan selesai. Anda juga boleh membuat tuntutan Pampasan untuk Tempoh Pembaikan yang Dianggarkan (CART).

Penting untuk membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam untuk memastikan tuntutan insurans berjalan lancar. Kesimpulannya, pastikan anda memiliki perlindungan insurans kereta komprehensif untuk keamanan maksimum.

 

Soalan Lazim (FAQ) 

Betul ke kena report polis kemalangan selepas 24 jam?

  • Pastikan report polis kemalangan dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Jika tidak, ia mungkin akan menyukarkan proses tuntutan insurans kemalangan atau menyebabkan tuntutan insurans kemalangan anda ditolak

Bagaimanakah cara buat laporan polis kemalangan sendiri?

  • Rujuk artikel diatas.

Boleh ke buat laporan polis kemalangan online?

  • Pada masa kini tiada perkhidmatan laporan polis kemalangan online. Anda perlu hadir ke cawangan trafik untuk membuat laporan kemalangan tersebut.

Berapakah harga salinan report polis?

  • Pengadu berhak mendapat salinan laporan yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah dengan bayaran minima sebanyak RM2 sekiranya untuk menjalankan kes tuntutan.

Cara beli salinan report polis online?

  • Pada masa kini tiada perkhidmatan salinan report polis kemalangan secara online. Anda perlu hadir ke cawangan trafik untuk dapatkan salinan laporan kemalangan tersebut.

Ada ke contoh laporan report kemalangan jalan raya?

  • Tiada contoh akan diberikan, kerana laporan kemalangan ini adalah berdasarkan situasi kemalangan yang dilaporkan oleh pengadu. ianya berbeza bagi setiap jenis kemalangan yang berlaku

Artikel Lain

PERKHIDMATAN AMBULAN PERCUMA SELANGOR KL KECEMASAN(Senarai Nombor Phone & Lokasi Near Me)

Leave a Comment