TEKS SELAWAT NABI JAKIM(Jawi Rumi Maksudnya Word PDF)

TEKS SELAWAT NABI JAKIM(Jawi Rumi Maksudnya Word PDF)

TEKS SELAWAT NABI

Sambutan Maulidur Rasul atau Maulidun Nabi atau sebutan biasa dengan Maulid Nabi merujuk kepada sambutan yang dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia pada tarikh 12 Rabi’ul Awal setiap tahun untuk memperingati, mensyukuri dan mengenang kembali sirah dan pengorbanan Nabi kepada umat daripada kelahiran sehingga kewafatan Baginda, di samping berusaha meneladani akhlak dan pengorbanan Baginda melalui tausiah (ceramah atau tazkirah tentang Baginda) yang disampaikan di dalam majlis Maulidur Rasul ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda teks selawat Nabi, semoga membantu

 

MAKSUD MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul berasal daripada perkataan “maulid” dan “ar-rasul”. Perkataan maulid berasal daripada وَلِدَ  ― يَلِدُ ―  وَلَادَةً  ―  مَوْلِدًا  yang bererti “tempat atau waktu diberanakkan”. Maulid merujuk kepada “hari dilahirkan” manakala ar-Rasul merujuk kepada Rasulullah.

Justeru, Maulidur Rasul merujuk kepada hari diputerakan Rasulullah iaitu tarikh 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah. la kadang-kadang disebut dengan Maulidun Nabi ( مَوْلِدُ النَّبِيِّ ). An-Nabi merujuk kepada Nabi Muhammad ﷺ.

 

TARIKH MAULIDUR RASUL

TARI Hari ini jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, pada hari Isnin bersamaan 20 April 571. Pada hari ini setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan sambutan memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul ) cuti bagi tahun 2023 jatuh pada 28 September 2023 (Khamis). Hari ini merupakan hari Kelepasan Am Persekutuan (cuti bagi semua negeri di Malaysia).

 

HUKUM MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Menurut pandangan sebahagian ulamak seperti Imam al-Suyuti, beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

 

TEKS SELAWAT NABI (Maulidul Rasul)

Berikut adalah merupakan teks selawat:

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (Selawat salam dipohon lagi)
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (Selawat salam dipohon lagi)
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai Nabi salam atasmu)
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai Rasul, salam atasmu)|
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai kekasih, salam atasmu)
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ (Selawat Allah ke atasmu)
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا (Bulan purnama menyinari kita)
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ (Hilang segala cahaya)
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا (Indah menawan tak pernah dilihat)
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ (Wajah gembira sepanjang hayat)
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ (Kaulah matahari, kaulah bulan)
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ (Kaulah cahaya mengatasi cahaya)
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي (Kaulah rahsia hidup mulia)
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ (Kaulah menyuluhi jiwa)
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد (Wahai kekasihku, ya Muhammad)
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ (Wahai pendamping indah sejagat)
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ (Wahai Nabi dijulang dipuja)
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ (Wahai imam 2 kiblat)
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد (Bahagialah orang memandang wajahmu)
‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ (Wahai penghulu keturunan mulia)
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد (Kolam airmu sejuk jernih)
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ (Kunjungi kami pada hari akhirat)
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى (Allah mengetahui rahsia sulit)
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ (Dialah menyahut semua seruan)
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا (Wahai Tuhan Rahmatilah kami)
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ (Dengan segala amalan soleh)
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ (Sebanyak baris kertas ditulis)
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد (Ahmad Muhammad petunjuk jalan)
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ (Empunya wajah berseri menawan.)

 

TEKS SELAWAT NABI RUMI (Maulidul Rasul)

Berikut adalah merupakan teks selawat dalam bentuk rumi iaitu:

Yaa Nabi Salaam ‘alaika
Yaa Rasul Salaam ‘alaika
Yaa Habib Salaam ‘alaika
Salawaatu’llah ‘alaika

Ashraqa’l Badru ‘alaina
Fakhtafat Minhu’l Buduru
Mithla Husnika Maa Ra’aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori

Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu’s-Sudoori

Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa ‘arusa’l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama’l Qiblataini

Man-Ra’aa Wajhaaka Yas’ad
Yaa Kareem Al-Waalidaini
Hawdhuka’s-Saafi’l Mubarrad
Wirdunaa Yawm An Nushoori

‘aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
Mustajeeb-Ud-Da’awaati
Rabbi Farhamnaa Jamee’a
Bijamee-‘is-Saalihaati

Wa Solaatullah ‘ala Ahmad
‘Adda Tahri-Ris Su-Tuuri
Ahmadul Hadii Muhammad
So-Hibul Wajhil Muniiri

Allahumma Solli Wasallim Wa Baarik Alaih

 

MUAT TURUN TEKS SELAWAT NABI Maulidul Rasul)

Anda boleh memuat turun teks selawat ini pada pautan di bawah:

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment