CARA KIRA & BAYAR FIDYAH ONLINE 2024(Jika Lambat Ganti Puasa)

CARA KIRA & BAYAR FIDYAH ONLINE(Jika Lambat Ganti Puasa)

CARA KIRA & BAYAR FIDYAH

Bulan ramadhan kini semakin menghampiri sudah tentunya akan berpuasa selasa sebulan sepanjang bulan ramadhan. Tetapi adakah anda telah gantikan puasa ramdhan yang sebelumnya? Sekiranya belum atau yang terlupa menggantikan puasa dan diwajibkan membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkan, sudah tentu anda ingin mengetahui cara kira dan bayar kadar fidyah. Disini kami kongsikan caranya secara online bagi setiap negeri, semoga membantu.

 

APA ITU FIDYAH

Fidyah ialah denda ke atas seorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) Ramadhan.

 

GOLONGAN WAJIB BAYAR FIDYAH

Antara golongan yang wajib membayar fidyah :

  • Orang tua uzur dan pesakit yang tiada harapan sembuh. Golongan ini tidak wajib untuk qadha puasa.
  • Orang yang telah meninggal dunia. Waris perlu menguruskan bayaran fidyah sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.
  • Orang yang melewatkan qadha’ puasa sehingga tiba bulan Ramadhan seterusnya.
  • Perempuan mengandung atau menyusukan anak dan khuatir akan keselamatan

 

KADAR BAYARAN FIDYAH MENGIKUT NEGERI-NEGERI SELURUH MALAYSIA

Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak. Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.

Senarai Negeri Fidyah BergandaKadar FidyahSenarai Negeri Fidyah Tidak BergandaKadar Fidyah
Wilayah Persekutuan

Melaka

Johor

Pahang

Terangganu

Kelantan

Kedah

Pulau Pinang

Perak

Negeri Sembilan

Sabah

Sarawak

RM4.00

RM1.80

RM1.75

RM1.75

RM1.75

RM1.75

RM1.80

RM1.75

RM1.80

RM1.75

RM1.75

RM1.75

Selangor

Perlis

RM1.80

RM5.00

 

CARA KIRA KADAR FIDYAH

Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :

  • Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah (mengikut negeri) = Fidyah yang perlu dibayar.

Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.

  • Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2015 (1436 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2016 (1437 H) sehingga 2021 (1442 H).
  • Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:
    • Tahun pertama 1436 H hingga 1437 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.
    • Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar

 

CARA BAYAR FIDYAH ONLINE(CARA KIRA BAYAR FIDYAH)

Berikut adalah merupakan kalkulator pengiraan fidyah mengikut negeri dalam Malaysia, anda boleh pilih ikut negeri masing-masing:

NEGERI KALKULATOR & BAYARAN ONLINE
Kedahhttp://www.maik.gov.my/e-fidyah/
Perlishttps://www.maips.gov.my/
Pulau Pinanghttp://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php
Perakhttps://fidyah.maiamp.gov.my/
Selangorhttps://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/
Wilayah Persekutuanhttps://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
Negeri Sembilanhttps://www.mains.gov.my/v1/web/fidyah.php
Melakahttps://fidyah.maim.gov.my/
Johorhttps://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah
Pahanghttp://new.zakatpahang.my/index.php/khidmat/kira-fidyah
Terengganuhttp://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php
Kelantanhttps://www.e-maik.my/v2/pautan-eperkhidmatan/taksiran-fidyah-puasa
Sarawakhttps://www.tbs.org.my/calc-fidyah/
Sabahhttps://baitulmal.sabah.gov.my/kalkulatorFidyah1.php

 

BILA PERLU BAYAR FIDYAH?

Fuqaha sepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan. Bagaimanapun waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu.

Namun demikian digalakkan ia disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.

LUPA BERAPA HARI TINGGAL PUASA?(CARA KIRA BAYAR FIDYAH)

Mungkin ramai juga yang lupa nak catat berapa hari dah tinggal puasa setakat ni. Menurut page Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau tidak ingat bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) yang paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati).

 

ARTIKEL LAIN

Cara Mandi Nifas / Wiladah (Selepas Melahirkan Anak Atau Keguguran)

2 thoughts on “CARA KIRA & BAYAR FIDYAH ONLINE 2024(Jika Lambat Ganti Puasa)”

Leave a Comment