Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing 2023 2024
Pendaftaran cukai LHDN perlu dilakukan sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan e-Filing yang bermula pada 1 Mac. Berikut adalah panduan langkah demi langkah cara daftar cukai LHDN di dalam sistem MyTAX, semoga membantu.
Siapa Perlu Bayar Cukai & Daftar LHDN
Seorang perlu mendaftar nombor cukai pendapatan jika individu tersebut:
- Individu bujang dengan pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP).
- Individu berkahwin dengan pasangan yang tidak bekerja dan menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun.
- Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian).
- Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB).
- Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai.
- Individu yang menjual/membeli hartanah.
Setiap individu yang layak dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDN.
Cara Daftar Cukai & e-Filing LHDN 2024
Untuk mendaftar cukai LHDN, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
LANGKAH 1: DAFTAR NOMBOR CUKAI PENDAPATAN
a. Pendaftaran Online:
- Melalui aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax,
- Dokumen sokongan termasuk pasport (bagi bukan warganegara Malaysia) atau Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu yang menjalankan perniagaan).
b. Pendaftaran Manual:
- Di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) yang berdekatan.
- Dokumen sokongan termasuk Borang CP600, kad pengenalan, Sijil Pendaftaran Perniagaan, dan penyata pendapatan/slip gaji.
LANGKAH 2: DAPATKAN NO PIN MYTAX HASIL
Mengaktifkan akaun MyTax HASiL melibatkan langkah-langkah berikut:
- Mendapatkan nombor PIN menerusi Maklum Balas Pelanggan HASiL atau cawangan HASiL yang berdekatan.
- Melampirkan dokumen seperti salinan kad pengenalan/passport pemohon dan Borang CP55D.
LANGKAH 3: WUJUDKAN KATA LALUAN E-FILING
- Daftarkan 16-digit nombor PIN dalam MyTax di bawah menu Login Kali Pertama https://mytax.hasil.gov.my.
- Pengaktifan akaun MyTax lengkap apabila pengguna berjaya mencipta kata laluan.
Info Tambahan: Untuk peniaga Enterprise, daftar di bawah Borang B (individu) dan Borang BE untuk pekerja yang menerima gaji.
Soalam Lazim (FAQ) Cara Daftar Cukai LHDN
Bilakah e-Filing bagi cukai taksiran 2023 dibuka?
- Bermula 1 Mac 2024.
Apakah nombor boleh dihubungi untuk pertanyaan berkenaan LHDN?
- 03-8911 1000
Apakah jenis borang yang boleh mula diisi pada 1 Mac 2024?
- Borang E, BE,B, M, BT, MT, TF, dan TP
Sekian panduan cara daftar cukai LHDN untuk e-Filing 2023/2024.
ARTIKEL LAIN: