CARA RENEW LESEN MEMANDU DIGITAL(Guna Aplikasi MyJPJ)

CARA RENEW LESEN MEMANDU DIGITAL(Guna Aplikasi MyJPJ)

RENEW LESEN DIGITAL MYJPJ

Sekiranya anda ingin memandu kenderaan anda, semestinya anda perlu memiliki lessen memandu yang sah. Lesen memandu ini sehasrunya diperbaharui supaya  anda dapat memandu kenderaan secara sah di atas jalan raya. Kepada anda yang ingin membuat semakan dan renew lesen digital kini anda boleh menggunakan aplikasi MyJPJ. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

Mulai 1 Februari 2024, masyarakat dapat memperbaharui lesen memandu secara langsung melalui aplikasi MyJPJ, serta menerima lesen memandu digital melalui aplikasi tersebut. Sejalan dengan inisiatif ini, pemerintah juga mengumumkan rebat sebesar RM5, yang berlaku mulai 1 Februari hingga 31 Disember 2024, bagi individu yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) ketika memperbaharui.

Rebat ini dapat diperoleh oleh mereka yang memilih lesen memandu digital ketika melakukan pembaharuan melalui kaunter JPJ, aplikasi MyJPJ, Pejabat Pos Malaysia, dan portal MySIKAP.

Langkah ini diharapkan dapat mendorong peralihan menuju penggunaan teknologi digital. Sokongan terhadap pembaharuan langsung melalui aplikasi MyJPJ dianggap sebagai langkah yang mempermudah proses tersebut. Untuk informasi lebih lanjut, hubungi portal rasmi JPJ di https://www.jpj.gov.my/ atau melalui emel [email protected], atau melalui talian telefon 03-2724 2522.

 

APA ITU LESEN MEMANDU

Lesen memandu merupakan dokumen rasmi yang memberi kebenaran kepada seseorang individu untuk mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori atau bas. Peraturan pelesenan pemandu adalah berbeza mengikut negara; ada negara yang mewajibkan pemandu untuk lulus ujian memandu sebelum lesen dikeluarkan manakala ada juga negara yang memerlukan pemandu mendapatkan lesen sebelum mula memandu. Terdapat beberapa kelas lesen memandu yang berbeza mengikut jenis kenderaan.

 

MUAT TURUN APLIKASI MyJPJ

Bagi memudahkan penggunaan anda, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi ini di telefon anda melalui pautan di bawah:

 

BILA PERLU RENEW LESEN MEMANDU

Lesen Memandu  perlu diperbaharui selepas lessen memandu anda tamat mengikut tarikh lahir anda. Pembaharuan lessen memandu kini boleh dibuat sehingga tempoh 10 tahun dari tarikh tamat tempohnya.

 

HARGA RENEW LESEN MEMANDU DIGITAL

Berikut adalah merupakan kadar bayaran renew lesen memandu yang dikenakan iaitu:

  • Kelas A/A1: RM2.00
  • Kelas B2 (tunggal)/B/C: RM20.00
  • Kelas D/E/F/G/H/I: RM30.00

NOTA: Harga renew ini adalah bagi tempoh 1 Tahun

 

CARA LESEN MEMANDU DIGITAL GUNA MyJPJ

Kepada anda yang ingin renew lesen digital anda menerusi MyJPJ, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi MyJPJ di telefon anda
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Pada paparan menu utama di bahagian Perlesenan Pemandu klik pada Semakan Lesen Kenderaan
  4. Paparan akan menunjukkan Nama, No kad pengenalan dan senarai lesen anda beserta tarikh luput.
  5. Seterusnya klik pada Pembaharuan Lesen Memandu.
  6. Isikan butiran yang diperlukan seperti:
    1. Jenis Lesen
    2. Tempoh
  7. Isikan maklumat yang berkaitan sekiranya perlu.
  8. Kemudian tekan Bayar. Pastikan semak semula jumlah dan maklumat pembayaran.
  9. Sekiranya betul, klik pada sahkan.
  10. Sila muat turun dan cetak slip pembayaran sebagai rujukan.
  11. Selesai, kini anda telah renew lesen anda secara digital.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara renew lesen memandu digital, anda boleh berhubung melalui saluran berikut:

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “CARA RENEW LESEN MEMANDU DIGITAL(Guna Aplikasi MyJPJ)”

Leave a Comment