PERMOHONAN WALIMATUL URUS PERDANA(Johor Terengganu)

PERMOHONAN WALIMATUL URUS PERDANA(Johor Terengganu)

WALIMATUL URUS PERDANA

Perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama. Namun, sebelum perkahwinan itu dapat di realisasikan, pasangan tersebut hendaklah melalui beberapa proses serta memerlukan kos yang besar dan boleh jadi memberi kesulitan kpd mereka yg kurang berkemampuan. Disini kami akan kongsikan bantuan Walimatul Urus Perdana yang boleh dimohon, semoga membantu.

 

OBJEKTIF PROGRAM WALIMATULURUS

Berikut aalah merupakan antaran objektif bantuan ini iaitu:

  • Membantu golongan muda memudahkan proses majlis perkahwinan.
  • Membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.
  • Memperkasakan institusi keluarga generasi baru melalui pendidikan ilmu kekeluargaan berdasarkan konsep “mawaddah wa rahmah ”.
  • Untuk meraikan pasangan muda oleh kerajaan.
  • Merupakan satu bentuk bantuan, selari dengan slogan “Dari Kerajaan Kepada Rakyat” yang diberikan kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga.

 

PERMOHONAN WALIMATUL URUS PERDANA TERENGGANU

Kepada rakyat Terengganu yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

Syarat Kelayakan

  • Pasangan atau seorang daripadanya adalah rakyat Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan pasangan berumur 18 tahun keatas.
  • Perkahwinan pertama bagi pasangan.
  • Tiada rekod jenayah, tiada masalah kesihatan seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.
  • Pendapatan pemohon dan pasangan adalah RM 3,000.00 kebawah.
  • Mendapat restu kedua-dua ibubapa.

Faedah Yang Diperoleh

  • 1 set persalinan pakaian akad nikah (lelaki & Perempuan)
  • Cenderahati berupa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM 1,000.00
  • Pakej Bulan Madu 3 hari 2 malam.
  • Khidmat jurunikah dan dokumen nikah disediakan.
  • Pakej Set Perkahwinan (Pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
  • Jemputan jamuan khas pengatin (keluarga terdekat) seramai 50 orang.
  • Cenderahati untuk tetamu yang hadir.

Cara Permohonan

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini atau mungkin mempunyai pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan cara:

 

PERMOHONAN WALIMATUL URUS PERDANA JOHOR

Kepada rakyat Johor yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Rakyat Negeri Johor yang beragama Islam atau permastautin yang melebihi 6 bulan di Negeri Johor.
  • Perkahwinan kali pertama sahaja.
  • Telah mendapat kebenaran nikah daripada Pejabat Kadi.
  • Tarikh kebenaran nikah yang diterima ialah bermula dari tarikh 18 Jun 2023 sehingga 30 Ogos 2023.

Faedah Yang Diperoleh

  • Penyediaan dewan nikah.
  • Khidmat Pengurusan Nikah.
  • Penyediaan pelamin dan hiasan.
  • Penyediaan jamuan untuk pasangan pengantin dan ahli keluarga.
  • 2 bilik penginapan untuk persiapan pasangan pengantin.
  • Cenderahati untuk pasangan pengantin.
  • Cenderahati untuk ahli keluarga pengantin.
  • Khidmat Pengurus Perkahwinan.
  • Kumpulan Kompang dan Persembahan Nasyid.
  • Sijil nikah dan kad perakuan nikah akan diserahkan selepas majlis.

Tarikh & Lokasi Majlis

  • Tarikh: 16 September 2023 (Sabtu)
  • Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
  • Tempat: Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru

Cara Permohonan – Hubungi Pejabat Kadi daerah masing-masing:

  • Johor Bahru: 07-207 6443
  • Pontian: 07-687 1926
  • Muar: 06-952 1573 (Samb. 3)
  • Kota Tinggi: 07-883 1348 (Samb. 10)
  • Batu Pahat : 07-433 3142
  • Mersing: 07-799 8850
  • Segamat: 07-931 1330 (Samb. 10)
  • Kulai: 07-599 5602
  • Kluang 07-777 1245
  • Tangkak: 06-978 6795

Maklumat Lanjut

 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “PERMOHONAN WALIMATUL URUS PERDANA(Johor Terengganu)”

Leave a Comment