SENARAI TADIKA TERBAIK DI MALAYSIA 2024(Pilihan Ibu Bapa)

SENARAI TADIKA TERBAIK DI MALAYSIA(Pilihan Ibu Bapa)

SENARAI TADIKA TERBAIK

Kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak ke tadika, semestinya ingin mengetahui pilihan tadika yang terbaik yang terdapat berhampiran tempat anda berada. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai tadika terbaik yang menjadi pilihan ibu bapa, semoga membantu.

 

APA ITU TADIKA

Tadika ialah sekolah peringkat awal bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang suasana persekolahan. Ia penting bagi persediaan untuk kanak-kanak ini menyesuaikan diri dengan persekitaran bersama kanak-kanak lain dan hidup berdikari. Isi pelajaran di peringkat tadika terdiri daripada mengeja, mengira dan membaca.

Kanak-kanak yang mendaftar tadika lazimnya terdiri daripada mereka yang berumur 4–6 tahun, dan bergantung kepada persekitaran sesebuah negara.

 

FAKTOR PEMILIHAN TADIKA YANG TERBAIK

Pemilihan tadika yang terbaik kepada anak anda semesti mempunyai faktor yang perlu diambil kira seperti berikut :

  • Silibus yang bersesuai dan dapat merangsang minda anak.
  • Lokasi yang berdekatan dengan rumah/tempat kerja
  • Yuran bulanan yang berpatutan
  • Fleksibi masa atau caj add on masa
  • Keadaan / persekitaran tadika (kebersihan/cikgu)

 

SENARAI TADIKA TERBAIK

Berikut adalah merupakan antara pilihan tadika yang terbaik terdapat di Malaysia iaitu:

TADIKAKETERANGAN
Tadika Little CaliphsFokus kepada teras perkembangan kanak-kanak menerusi konsep S.P.I.E.S iaitu :

  • Spiritual
  • Physical
  • Intellectual
  • Socio-Emotionnal
Tadika Genius AuladMenawarkan Pelan Pelajaran ILOVE dikemaskini setiap tahun bagi melatih anak-anak untuk mencapai prestasi cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.
Tadika Brainy BunchMenawarkan Brainy SPICE iaitu konsep pendidikan berteraskan Bahasa Inggeris yang menyeluruh dari segi fizikal, agama, intelektual, kreatif dan emosional.
Tadika Q-DeesMendedahkan anak-anak pada pendidikan awal serta melatih sifat keyakinan kanak-kanak supaya bersemangat untuk belajar dan tidak rasa malu untuk bertanya.

Tadika REAL Kids

Memperkenalkan pelbagai konsep pendidikan terbaik dari serata dunia termasuk Multiple Intelligences, Project-Based Learning, Inter- Disciplinary Learning dan Play & Game Based Learning.
Tadika Smart ReaderMenawarkan tiga program pendidikan iaitu Smart Reader Kids, Smart Reader Kids Mandarin dan Smart Reader Kids Islamic.
Tadika KEMASTabika Kemas merupakan tadika dengan kos pembelajaran rendah. Kebanyakan guru-guru Kemas yang bertugas juga perlu menyertai kursus Guru Kemas dan berpengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Tadika PASTIPASTI atau Pusat Asuhan Tunas Islam merupakan pusat Taska yang dimiliki oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PASTI komited sebagai pusat asuhan awal kanak-kanak prasekolah yang fokus pada pendidikan berteraskan Al-Quran dan Sunnah sambil membimbing anak melakukan amalan yang mahmudah, terpuji serta meninggalkan perkara mungkar.
Tadika PerpaduanMerupakan salah satu tadika di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat bagi memenuhi keperluan masyarakat di bandar dan pinggir bandar.

 

 

ARTIKEL LAIN

CARA PENJAGAAN BERKHATAN (Pengalaman Luka Bengkak Bernanah Bersunat)

Leave a Comment