EZO ZAKAT SELANGOR (Cara Daftar Login Semak Status Bantuan)
Kepada anda pembayar dan penerima zakat di Selangor melakukan urusan, kini zakat selangor ada menyediakan portal online iaitu Sistem elektronik Zakat Online (EZO) bagi memudahkan urusan anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar login semak status bantuan, semoga membantu.
APA ITU ZAKAT SELANGOR
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang ditubuhkan 20 tahun lalu menjadi institusi zakat yang terus komited menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan zakat. Kini LZS (MAIS) berdiri menjadi institusi zakat yang berwawasan dan mengamalkan pengurusan terbaik dalam menjana dan memartabatkan kecemerlangan bukan sahaja asnaf malahan ummah secara keseluruhannya.
PERKHIDMATAN EZO ZAKAT SELANGOR
Berikit adalah merupakan antara perkhidmatan yang tersedia menerusi Sistem elektronik Zakat Online iaitu:
- Semak maklumat bayaran zakat
- Cetak penyata bayaran zakat
- Kemaskini profil individu
- Boleh terus menunaikan zakat
- Mengetahui status bantuan
- Semak Rekod Bayaran Zakat,
- Semak Status Permohonan Zakat,
- Bayar Zakat
CARA DAFTAR EZO ZAKAT SELANGOR
Kepada pengguna kali pertama, seharusnya anda mendaftar akaun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan Sistem elektronik Zakat Online
- Pada paparan utama klik pada Pendaftaran Baru Individu / Syarikat
- Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia dengan lengkap. Pastikan maklumat anda haruslah betulkan dan ruangan bertanda * hendaklah diisi.
- Setelah lengkap klik pada Saya Setuju.
- Emel pengaktifan akan dihantar pada anda. Buka email tersebut dan klik pada KLIK DISINI dalam pautan emel untuk mengaktifkan akaun anda.
- Akaun anda telah diaktifkan.
- Sila masukkan katalaluan anda.
- Tekan OK. Pendaftaran anda telah selesai
CARA LOGIN EZO ZAKAT SELANGOR
Setelah pendaftaran anda selesai, berikut adalah merupakan cara log masuk iaitu:
- Layari pautan Sistem elektronik Zakat Online
- Masukkan User ID dan katalaluan anda.
- Tekan LOGIN.
CARA SEMAK STATUS BANTUAN EZO ZAKAT SELANGOR
Berikut adalah merupakan cara untuk anda membuat semakan iaitu:
- Layari pautan Sistem elektronik Zakat Online dan log masuk akaun anda
- Anda sudah boleh meneruskan urusan anda seperti:
- Lihat Rekod Bayaran Zakat lepas (sehingga tahun 2006).
- Lihat Status Bantuan Zakat yang dimohon (sekiranya ada).
- Kemaskini Maklumat Diri.
- Boleh membuat Bayaran Zakat.
- Cetak Maklumat Pembayaran ataupun Agihan Zakat.
TERLUPA KATA LALUAN EZO ZAKAT SELANGOR
Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, berikut adalah langkah-langkah untuk reset kembali:
- Layari pautan Sistem elektronik Zakat Online
- Tekan pada Terlupa Katalaluan?
- Masukkan Email dan Nama Ibu
- Tekan Reset Katalaluan.
- Emel pengesahan akan dihantar pada emel anda.
- Tekan KLIK DISINI untuk reset password anda.
- Anda akan dibawa pada portal zakat dan tukar password baru anda. Selesai
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sistem elektronik Zakat Online Selangor, anda boleh melayari portal rasmi Zakat Selangor
ARTIKEL LAIN: