Ujian QTI Kereta Auto Manual(Lepas Tamat Latihan KPP03)

Ujian QTI Kereta Auto Manual(Lepas Tamat Latihan KPP03)

UJIAN QTI

Ia merujuk pada ujian dalaman yang dilakukan oleh institut memandu. Calon perlu menduduki praujian memandu sebelum menjalani Ujian Praktikal JPJ iaitu ujian QTI. Jika lulus praujian memandu, calon akan dibenarkan untuk menduduki Ujian Praktikal JPJ.

 

QTI Test (Qualifying Test for Instructors):

Jika “QTI” merujuk kepada ujian kelayakan untuk instruktur pemandu, maka ujian ini mungkin merupakan satu penilaian yang perlu dilalui oleh individu yang ingin menjadi instruktur pemandu. Untuk tips lulus, anda mungkin perlu mempersiapkan diri dengan baik, memahami undang-undang jalan raya, peraturan pemanduan, dan kemahiran pemanduan yang selamat.

 

Maksud Ujian QTI

Untuk Pra-ujiian atau juga dikenali sebagai QTI, masa yang diperuntukan mengikut Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu sememangnya hanya 30 minit sahaja.

 

Contoh Ujian QTI

Berikut adalah merupakan antara contoh ujian yang akan dijalankan iaitu:

  1. RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK)
  2. RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM)
  3. UJIAN NAIK BUKIT
  4. PARKING
  5. SELEKOH Z
  6. SELEKOH S
  7. TIGA PENJURU
  8. LALUAN JALAN RAYA

 

Kadar Bayaran Gagal Ujian QTI

Kadar bayaran bergangtung kepada pusat ujian memandu tersebut.

 

Maklumat Ujian QTI 2023

Maklumat untuk menilai kelayakan untuk diuji JPJ seperti berikut:

Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)
24 item (7 Minit)
  • Hadapan Kenderaan
  • Sisi Kanan Kenderaan
  • Belakang Kenderaan
  • Ruang But (Bonet) Kenderaan
  • Sisi Kiri Kenderaan
  • Ruang Enjin Kenderaan
Rutin Sebelum Memandu (RSM)
20 Item Dan 1 Item Mandatori (5 Minit)
  • Brek Tangan
  • Tempat Duduk
  • Kedudukan Tangan
  • Cermin Sisi/Pandang Belakang
  • ‘On’ Suis
  • Gear Bebas
  • Hidupkan Injin
  • Periksa Fungsi Suis/Meter
  • Tali Pinggang Keledar
Rutin Selamat (C.I.T.O)
Memulakan Pergerakan
  • C – cermin   (Mirror)
  • I – isyarat   (Signal)
  • Gear
  • T – toleh  (blind spot check)
  • Brek Tangan
  • O – olahgerak   (Manoeuvre)

Panduan Ujian QTI Untuk Kereta

Berikut adalah merupakan panduan ringkas menggunakan kaedah C.I.T.O iaitu:

Teknik Memulakan Pergerakan/Keluar & Masuk Susur.

(I.C.T.O)

  • I (lampu isyarat) – Beri isyarat (kiri/kanan) mengikut arah ke mana anda hendak bergerak.
  • BREK – Perlahankan kenderaan (untuk pergerakan keluar/masuk susur sahaja)
  • GEAR – Masukkan gear atau pastikan gear dalam kedudukan (gear rendah).
  • C (cermin) – Pandang cermin pandang belakang kemudian cermin sisi (mengikut arah isyarat).
  • T (toleh) – Toleh secara fizikal ke arah belakang (mengikut arah isyarat)
  • BREK TANGAN – Lepaskan brek tangan sekiranya keadaan telah mengizinkan untuk bergerak (untuk memulakan pergerakan sahaja)
  • O (olahgerak) – Mulakan pergerakkan atau menyusur ke arah dikehendaki.
Teknik Bertukar Lorong.

(I.C.T.O)

  • I (lampu isyarat) – Beri isyarat (kiri/kanan) mengikut arah ke mana anda hendak bergerak.
  • BREK – Perlahankan kenderaan JIKA PERLU (untuk memastikan jarak dengan kenderaan hadapan adalah selamat)
  • GEAR – Gear yang sesuai (rendahkan gear jika perlu).
  • C (cermin) – Pandang cermin pandang belakang kemudian cermin sisi (mengikut arah isyarat).
  • T (toleh) – Toleh secara fizikal ke arah belakang (mengikut arah isyarat)
  • O (olahgerak) – Mulakan menyusur ke arah lorong yang dikehendaki.

 

Ujian QTI untuk Kenderaan Motor

Ujian QTI mungkin boleh melibatkan ujian untuk pelbagai jenis kenderaan termasuk kereta atau motosikal. Bagi ujian motosikal, selalunya melibatkan ujian kemahiran berkendara dan ujian teori.

Artikel Lain

Leave a Comment