CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN MELALUI MAE MAYBANK

CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN MELALUI MAE MAYBANK

BAYAR PINJAMAN PTPTN MAE

Kepada para peminjam PTPTN, sudah semestinya untuk pembayaran pinjaman anda akan mudah dengan menggunakan perkhidmatan online kerana ianya lebih pantas dan jimatkan masa anda.  Kepada pelanggan Maybank, sudah semestinya anda akan menggunakan aplikasi MAE bagi membolehkan anda membuat pembayaran secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar pinjaman PTPTN menggunakan aplikasi MAE, semoga membantu.

 

APA ITU PINJAMAN PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ialah sebuah agensi Kementerian Pendidikan (KPM) yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di institusi awam dan swasta

 

CIRI-CIRI APLIKASI MAE

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri aplikasi ini:

  • Aplikasi MAE Maybank merupakan dompet digital tanpa tunai yang diperkenalkan melalui aplikasi MBB Bank online.
  • Pengguna aplikasi ini boleh digunakan oleh semua pengguna sama ada mereka mempunyai akaun mbb online banking ataupun tidak.
  • Pengguna boleh membuat transaksi secara atas talian dengan lebih daripada 200000 pedagang melalui QR Pay MAE. Hal Ini dapat memudahkan semua urusan pengguna tanpa perlu membawa dompet.
  • Pengguna juga boleh menggunakan transaksi atas talian seperti pembelian tiket secara atas talian, pembayaran bil utility, membina tabung asing dalam aplikasi ini, mempunyai banyak promosi apabila menggunakannya dan banyak lagi.

 

CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN GUNA MAE

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran bil air anda menggunakan MAE, berikut adalah cara nya iaitu:

  1. Buka aplikasi MAE di telefon anda
  2. Pada laman utama, klik pada Pay Bills.
  3. Log masuk mengunakan kata laluan Maybank2U anda dan klik continue.
  4. Seterusnya pada bahagian Biller, klik pada JomPay dan pilih Pay Bills
  5. Seterusnya pada ruangan pencarian, taipkan PTPTN.
  6. Pada pencarian yang tertera, klik pada PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan
  7. Pada bahagian seterusnya, masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • No Kad Pengenalan peminjam
    • No Telefon peminjam
  8. Setelah lengkap, klik pada Continue.
  9. Paparan pengesahan akan tertera. Pastikan nombor akaun bil dan jumlah bayaran adalah betul.
  10. Kemudian pilih jenis akaun untuk bayaran bil ini sama ada dari akaun simpanan atau dari akaun MAE dan klik Pay Now.
  11. Seterusnya tekan Approve pada Seceru2U.
  12. Selesai, paparan status bayaran bil ini berjaya tertera. Anda boleh simpan atau kongsi resit bayaran bil ini, tekan pada Share Receipt.

Cara Add Favourite Akaun Pinajman PTPTN di MAE

  1. Jika anda ingin menyimpan maklumat akaun PTPTN ini bagi memudahkan urusan bayaran pinjaman  pada masa akan datang, tekan pada Add to Favourite.
  2. Sahkan maklumat akaun PTPTN dengan menekan pada Add to Favourites.
  3. Selesai, anda telah berjaya tambahkan akaun PTPTN anda sebagai fovourite di MAE

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara bayar pinajaman PTPTN guna MAE, sila layari portal rasmi Maybank

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment