Cara Bayar Cukai LHDN Guna MAE Maybank2u

Cara Bayar Cukai LHDN Guna MAE Maybank2u

Cara Bayar Cukai LHDN Guna MAE Maybank2u

Sekarang anda boleh melakukan pembayaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan mudah melalui aplikasi MAE. Selain itu, proses pembayaran cukai LHDN melalui laman web Maybank2u juga telah diperlunakkan untuk keselesaan anda.

Sebelum anda meneruskan pembayaran, pastikan anda telah mendapatkan Nombor Bil anda. Caranya amat mudah, hanya perlu log masuk ke mytax.hasil.gov.my dan klik pada ‘Papar Nombor Bil.’

Setelah anda memperoleh Nombor Bil anda, berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pembayaran kepada LHDN:

Cara Bayar Cukai LHDN Guna  Aplikasi MAE

  1. Buka aplikasi MAE dan pilih ‘Pay Bills’ di bahagian Quick Actions.
  2. Ketik pada ‘Pay Bills’ di bawah New Payment dan cari ‘LHDN’ dalam senarai pengebil.
  3. Masukkan Nombor Bil 16-digit (diperoleh dari mytax.hasil.gov.my) dan sahkan butiran.
  4. Sahkan pembayaran melalui Secure2u dan selesai!

Melalui Laman Web Maybank2u

  1. Log masuk, klik pada tab ‘PAY & TRANSFER’ dan pilih ‘Pay.’
  2. Pada ‘Pay From,’ pilih akaun untuk membuat pembayaran.
  3. Di bawah ‘Payee,’ klik pada ‘New Payment’ dan cari ‘Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).’
  4. Masukkan Nombor Bil 16-digit (diperoleh dari mytax.hasil.gov.my) dan sahkan butiran.
  5. Sahkan pembayaran melalui Secure2u pada aplikasi MAE dan selesai!

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kepada kami di [email protected].

 

Artikel Lain

Insurans Nyawa Di Malaysia (Jenis & Harga Pakej)

Leave a Comment