CARA BAYAR BIL UNIFI GUNA APP MAE(Simpan Add Favourite Senang)

CARA BAYAR BIL UNIFI GUNA APP MAE(Simpan Add Favourite Senang)

BAYAR BIL UNIFI MAE

Kepada para pelanggan Unifi, sudah semestinya untuk pembayaran bil anda akan menggunakan perkhidmatan online kerana ianya lebih pantas dan jimatkan masa anda.  Jika anda pelanggan Maybank, sudah semestinya anda akan menggunakan aplikasi MAE Maybank bagi membolehkan anda membuat pembayaran secara online antaranya ialah bil Unifi anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar bil Unifi   secara online menggunakan aplikasi MAE, semoga membantu.

 

APA ITU UNIFI

Unifi adalah salah satu syarikat penyedia perkhidmatan internet terbesar di Malaysia. Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk internet berkelajuan tinggi, telefon bimbit, TV, dan banyak lagi. Unifi telah memilih ramai orang di Malaysia kerana kelajuan internet yang tinggi, harga yang berpatutan, dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

 

CARA SEMAK BIL UNIFI

Berikut adalah merupakan cara untuk menyemak bil unifi anda iaitu:

  1. Layari website Unifi
  2. Log masuk akaun anda. Jika anda belum mempunyai akaun Unifi, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
  3. Klik Butang “Bil Saya”
  4. Selepas anda mengklik butang “Bil Saya”, anda akan dibawa ke halaman yang menunjukkan semua bil Unifi anda. Pilih bil yang ingin anda periksa.
  5. Sekarang anda boleh melihat bil Unifi anda. Pastikan bahawa semua maklumat di dalam bil adalah betul dan lengkap.

 

CARA BAYAR BIL UNIFI GUNA MAE

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran bil Unifi anda menggunakan MAE, berikut adalah cara nya iaitu:

  1. Buka aplikasi MAE di telefon anda
  2. Pada laman utama, klik pada Pay Bills.
  3. Log masuk mengunakan kata laluan Maybank2U anda
  4. Seterusnya pada bahagian New Payment, klik pada Pay Bills
  5. Paparan akan menyenaraikan bil-bil yang boleh dibayar. Pada ruangan carian, taipkan TM Tech (Telekom Malaysia) dan klik pada pautan yang tersebut
  6. Kemudian isikan nombor akaun bil Unifi tersebut pada ruangan yang disediakan dan klik Continue.
  7. Seterusnya isikan jumlah bayaran bil yang ingin dibayar. Dan klik Right
  8. Paparan pengesahan transaksi akan tertera. Pastikan nombor akaun bil dan jumlah bayaran adalah betul. Kemudian pilih jenis akaun untuk bayaran bil ini sama ada dari akaun simpanan atau dari akaun MAE dan klik Pay Now.
  9. Kemudian, tekan Approve pada Seceru2U.

Cara Add Favourite Akaun Unifi di MAE

  1. Jika anda ingin menyimpan maklumat akaun bil Unifi ini bagi memudahkan urusan bayaran bil pada masa akan datang, tekan pada Add to Favourite.
  2. Sahkan maklumat akaun Unifi ini dengan menekan pada Add to Favourites.
  3. Selesai, anda telah berjaya tambahkan akaun Unifi anda sebagai fovourite di MAE

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara bayar bil Unifi guna MAE, sila layari portal rasmi Maybank

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment