CARA BAYAR BIL TNB ONLINE GUNA APLIKASI MAE(Simpan Add Favourite Senang)

CARA BAYAR BIL TNB ONLINE GUNA APLIKASI MAE(Simpan Add Favourite Senang)

BAYAR BIL TNB GUNA MAE

Kepada pelanggan Maybank, sudah semestinya anda akan menggunakan aplikasi MAE Maybank bagi membolehkan anda membuat pembayaran secara online antaranya iailah bil TNB. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar bil TNB secara online menggunakan aplikasi MAE, semoga membantu.

 

APA ITU BIL TNB

Bil TNB akan menunjukkan jumlah elektrik yang telah digunakan dalam kilowatt-jam (kWh) serta kadar yang dikenakan untuk setiap kWh elektrik yang digunakan. Setiap bulan, TNB akan menghantar bil elektrik kepada pelanggan-pelanggan mereka yang menunjukkan jumlah elektrik yang telah digunakan serta kos yang perlu dibayar.

 

CIRI-CIRI APLIKASI MAE MAYBANK

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri aplikasi ini:

  • Aplikasi MAE Maybank merupakan dompet digital tanpa tunai yang diperkenalkan melalui aplikasi MBB Bank online.
  • Pengguna aplikasi ini boleh digunakan oleh semua pengguna sama ada mereka mempunyai akaun mbb online banking ataupun tidak.
  • Pengguna boleh membuat transaksi secara atas talian dengan lebih daripada 200000 pedagang melalui QR Pay MAE. Hal Ini dapat memudahkan semua urusan pengguna tanpa perlu membawa dompet.
  • Pengguna juga boleh menggunakan transaksi atas talian seperti pembelian tiket secara atas talian, pembayaran bil utility, membina tabung asing dalam aplikasi ini, mempunyai banyak promosi apabila menggunakannya dan banyak lagi.

 

CARA BAYAR BIL TNB GUNA MAE

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran bil TNB anda menggunakan MAE, berikut adalah cara nya iaitu:

  1. Buka aplikasi MAE di telefon anda
  2. Pada laman utama, klik pada Pay Bills.
  3. Paparan akan menyenaraikan bil-bil yang boleh dibayar. Pada ruangan carian, taipkan Tenaga Nasional Berhad dan klik pada pautan yang tersebut
  4. Kemudian isikan nombor akaun bil TNB tersebut pada ruangan yang disediakan dan klik Continue.
  5. Seterusnya isikan jumlah bayaran bil yang ingin dibayar. Dan klik Right
  6. Paparan pengesahan akan tertera. Pastikan nombor akaun bil dan jumlah bayaran adalah betul. Kemudian pilih jenis akaun untuk bayaran bil ini sama ada dari akaun simpanan atau dari akaun MAE dan klik Pay Now.
  7. Kemudian, tekan Approve pada Seceru2U.
  8. Selesai, paparan status bayaran bil ini berjaya tertera. Anda boleh simpan atau kongsi resit bayaran bil ini, tekan pada Share Receipt.

Cara Add Favourite Akaun TNB di MAE

  1. Jika anda ingin menyimpan maklumat akaun bil TNB ini bagi memudahkan urusan bayaran bil pada masa akan datang, tekan pada Add to Favourite.
  2. Sahkan maklumat akaun TNB ini dengan menekan pada Add to Favourites.
  3. Selesai, anda telah berjaya tambahkan akaun TNB anda sebagai fovourite di MAE

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara bayar bil TNB MAE, sila layari portal rasmiĀ Maybank

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment