CARA BAYAR BIL AIR SELANGOR GUNA APP MAE(JomPAY SYABAS Bill Payment)

CARA BAYAR BIL AIR SELANGOR GUNA APP MAE(JomPAY SYABAS Bill Payment)

 BAYAR AIR SELANGOR GUNA MAE

Kepada warga penduduk Selangor, sudah semestinya untuk pembayaran bil anda akan menggunakan perkhidmatan online kerana ianya lebih pantas dan jimatkan masa anda.  Kepada pelanggan Maybank, sudah semestinya anda akan menggunakan aplikasi MAE Maybank bagi membolehkan anda membuat pembayaran secara online antaranya ialah bil air. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar bil air Selangor secara online menggunakan aplikasi MAE, semoga membantu.

 

APA ITU BIL AIR SELANGOR

Bil Air Selangor akan menunjukkan jumlah air yang telah digunakan dalam meter kubic (m3) serta kadar yang dikenakan untuk setiap m3 air yang digunakan. Setiap bulan, pihak Air Selangor akan menghantar bil air kepada pelanggan-pelanggan mereka yang menunjukkan jumlah air yang telah digunakan serta kos yang perlu dibayar.

 

CIRI-CIRI APLIKASI MAE MAYBANK

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri aplikasi ini:

  • Aplikasi MAE Maybank merupakan dompet digital tanpa tunai yang diperkenalkan melalui aplikasi MBB Bank online.
  • Pengguna aplikasi ini boleh digunakan oleh semua pengguna sama ada mereka mempunyai akaun mbb online banking ataupun tidak.
  • Pengguna boleh membuat transaksi secara atas talian dengan lebih daripada 200000 pedagang melalui QR Pay MAE. Hal Ini dapat memudahkan semua urusan pengguna tanpa perlu membawa dompet.
  • Pengguna juga boleh menggunakan transaksi atas talian seperti pembelian tiket secara atas talian, pembayaran bil utility, membina tabung asing dalam aplikasi ini, mempunyai banyak promosi apabila menggunakannya dan banyak lagi.

 

CARA BAYAR BIL AIR SELANGOR GUNA MAE

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran bil air anda menggunakan MAE, berikut adalah cara nya iaitu:

  1. Buka aplikasi MAE di telefon anda
  2. Pada laman utama, klik pada Pay Bills.
  3. Log masuk mengunakan kata laluan Maybank2U anda
  4. Seterusnya pada bahagian Biller, klik pada JomPay
  5. Pada bahagian ini, masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Biller Code: 4200 (Air Selangor)
    • Ref 1: Nombor Akaun bil air
    • Ref 2: Nombor telefon anda
  6. Sekiranya telah selesai klik Continue. Kemudian masukkan jumlah bayaran bil yang ingin dibayar dan klik Right
  7. Paparan pengesahan akan tertera. Pastikan nombor akaun bil dan jumlah bayaran adalah betul. Kemudian pilih jenis akaun untuk bayaran bil ini sama ada dari akaun simpanan atau dari akaun MAE dan klik Pay Now.
  8. Kemudian, tekan Approve pada Seceru2U.
  9. Selesai, paparan status bayaran bil ini berjaya tertera. Anda boleh simpan atau kongsi resit bayaran bil ini, tekan pada Share Receipt.

Cara Add Favourite Akaun Air Selangor di MAE

  1. Jika anda ingin menyimpan maklumat akaun bil Air Selangor ini bagi memudahkan urusan bayaran bil pada masa akan datang, tekan pada Add to Favourite.
  2. Sahkan maklumat akaun Air Selangor ini dengan menekan pada Add to Favourites.
  3. Selesai, anda telah berjaya tambahkan akaun Air Selangor anda sebagai fovourite di MAE

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara bayar bil Air Selangor MAE, sila layari portal rasmi Air Selangor

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment