ID Digital Malaysia Register(Ciri Contoh Identiti Nasional)

ID Digital Malaysia Register(Ciri Contoh Identiti Nasional)

ID Digital Malaysia

Program Identiti Digital Nasional (IDN) Malaysia yang dijadualkan bermula pada tahun 2024 telah menimbulkan kegelisahan di kalangan beberapa rakyat Malaysia, terutama yang aktif di media sosial menegnai ID Digital Malaysia. Beberapa kritikan menyuarakan kebimbangan bahawa program ini mungkin membahayakan privasi dengan mendedahkan data peribadi pengguna.

Dato’ Paduka Dr Ibrahim Ali, Presiden Parti Putra, turut memberikan pandangan negatif terhadap IDN, menyifatkannya sebagai “rantai ghaib” yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengawal pergerakan, citarasa, dan pemikiran pengguna seolah-olah mereka terikat seperti haiwan. Namun, adakah dakwaan ini berasaskan fakta atau hanya spekulasi? Mari kita lihat lebih dekat pada program ini.

Apa Itu ID Digital Malaysia / Identiti Digital Nasional (IDN)?

IDN adalah suatu bentuk pengenalan digital yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan digital dan melakukan transaksi dalam talian secara lebih selamat. Program ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memberikan keyakinan kepada rakyat dalam menghadapi era ekonomi digital. Pengesahan identiti dalam talian akan menggunakan kaedah ‘What You Are,’ ‘What You Have,’ dan ‘What You Know’ dengan sokongan rangkakerja identiti digital yang dipercayai.

Sasaran Pengguna Utama

Sasaran utama IDN adalah rakyat Malaysia, dan kemudiannya akan diperluaskan kepada pemastautin yang menetap di Malaysia.

Ciri-Ciri Utama ID Digital Malaysia

  • Platform IDN beroperasi pada tahap kepercayaan yang tinggi untuk warganegara, kerajaan, dan komuniti perniagaan.
  • Pengguna yang layak akan didaftarkan dalam program IDN menggunakan data demografi JPN.
  • Data biometrik baru (Cap Jari, Iris, dan Muka) dan data demografi tambahan akan disimpan di dalam pangkalan data IDN.
  • IDN adalah nombor rawak yang dihubungkan dengan nombor kad pengenalan di dalam pangkalan data IDN.
  • Biometrik pelbagai-mod (“multi-modal”) akan diambil bagi setiap pemohon yang mendaftar.
  • IDN membolehkan pengesahan identiti secara nyata dan dalam talian, serta perkhidmatan e-KYC.
  • IDN menekankan aspek keselamatan dan privasi.
  • IDN adalah unik sepanjang hayat, dan seseorang individu tidak boleh mempunyai dua ID Digital.
  • Platform IDN adalah saling hubung (“interoperable”) dan berasaskan dasar keselamatan negara dan piawaian antarabangsa.

Mandat dan Pencetusan Idea

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo, mencetuskan idea IDN pada Oktober 2018. Pada 8 Mei 2019, persetujuan Jemaah Menteri diperoleh untuk memulakan kajian komprehensif mengenai rangka kerja IDN. Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dilancarkan pada 19 Februari 2021 oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Peranan MIMOS

MIMOS Berhad dilantik sebagai pusat R&D yang bertanggungjawab sebagai pelaksana program IDN dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta. Pada 21 November 2023, diumumkan bahawa peruntukan tersebut akan disalurkan kepada MIMOS pada awal Disember 2023. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan keperluan untuk mempercepatkan pelaksanaan ID Digital.

Tarikh Pelaksanaan ID Digital Malaysia

ID Digital Nasional dijadualkan sepenuhnya dilaksanakan pada tahun 2024.

Kelebihan ID Digital Malaysia

  • Memberikan pengenalan diri digital unik untuk pelbagai perkhidmatan digital.
  • Memudahkan semakan dan pengesahan MyKad secara cepat.
  • Membolehkan urus niaga selamat dengan akses saluran omni dari mana-mana peranti.
  • Memfasilitasi proses perniagaan dengan penandatanganan digital.
  • Memberikan platform pengumpulan dan pengesahan pengenalan diri yang selari dengan teknologi terkini.
  • Meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos operasi, dan menjimatkan masa dalam proses pengesahan pengenalan diri.
  • Mencegah pemalsuan pengenalan diri dalam transaksi perkhidmatan digital, meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Contoh Negara Yang Melaksanakan ID Digital

ID digital telah berjaya dilaksanakan oleh beberapa negara seperti United Kingdom, Estonia, Kanada, dan India. Negara-negara ini telah memanfaatkan ID digital untuk memudahkan akses kepada perkhidmatan dan transaksi dalam talian, menjadikan pengesahan identiti secara digital lebih efisien. Contohnya, di Estonia, rakyat boleh membuka akaun bank, mendapatkan preskripsi ubat, melakukan transaksi hartanah, mengundi dalam talian, dan mengakses e-pembelajaran dengan menggunakan identiti digital mereka.

Jelasnya, ID Digital Nasional Malaysia mempunyai matlamat utama untuk meningkatkan keupayaan pengesahan identiti dalam talian dengan mengamalkan standard keselamatan dan privasi yang tinggi. Walaupun beberapa kebimbangan mungkin timbul, ia penting untuk memahami matlamat serta ciri-ciri keselamatan yang telah diintegrasikan ke dalam reka bentuk IDN untuk memastikan perlindungan data peribadi pengguna.

 

Cara Daftar ID Digital Malaysia

Kepada anda yang ingin mendaftar, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan seperti berikut:
    • MyKAD
    • Telefon yang mempunyai sambungan Internet.
    • Aplikasi MyDigital ID pada telefon tersebut.
  2. Pergi ke mesin Kioks MyDigital ID yang berhampiran.
  3. Ikut arahan untuk mendaftar.
  4. Download aplikasi MyDigital ID (Play Store/Apple Store) dan scan QR Code yang dihasilkan oleh mesen DigitalID.

 

Artikel Lain

Leave a Comment