Public Holiday 2024: PH Selangor

Public Holiday 2024: PH Selangor

Public Holiday Selangor

Penjawat awam persekutuan atau negeri yang berkhidmat di Negeri Selangor pastinya ingin mengetahui tarikh public holiday  yang disediakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk tahun 2024. Di sini, kami ingin berkongsi tarikh-tarikh tersebut untuk memudahkan perancangan percutian anda.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) merupakan badan kepimpinan negeri yang bertanggungjawab menjalankan pemerintahan dan membuat dasar bagi negeri di Malaysia. Fungsinya sebanding dengan barisan Badan Eksekutif (Kabinet) di peringkat Kerajaan Persekutuan. Setiap ahli majlis memegang portfolio atau tugas tersendiri dan dilantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri.

Berikut adalah senarai public holiday Selangor untuk tahun 2024:

CUTI PUBLIC HOLIDAY SELANGOR 2024:

  1. Tahun Baru 2024: 1 Januari 2024 (Isnin)
  2. Hari Thaipusam: 25 Januari 2024 (Khamis)
  3. Hari Nuzul Quran: 28 Mac 2024 (Khamis)
  4. Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor: 11 Disember 2024 (Rabu)

CUTI PUBLIC HOLIDAY PERSEKUTUAN 2024:

  1. Tahun Baru Cina: 10 Februari 2024 (Sabtu) – 11 Februari 2024 (Ahad)
  2. Hari Raya Aidilfitri: 10 April 2024 (Rabu) – 11 April 2024 (Khamis)
  3. Hari Pekerja: 1 Mei 2024 (Rabu)
  4. Hari Wesak: 22 Mei 2024 (Rabu)
  5. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong: 3 Jun 2024 (Isnin)
  6. Hari Raya Qurban: 17 Jun 2024 (Isnin)
  7. Awal Muharam (Maal Hijrah): 7 Julai 2024 (Ahad)
  8. Hari Kebangsaan: 31 Ogos 2024 (Sabtu)
  9. Hari Malaysia: 16 September 2024 (Isnin)
  10. Hari Keputeraan Nabi Muhammad (Maulidur Rasul): 16 September 2024 (Isnin)
  11. Hari Deepavali: 31 Oktober 2024 (Khamis)
  12. Hari Krismas: 25 Disember 2024 (Rabu)

Sekiranya mana-mana cuti Hari Kelepasan Am Negeri Selangor jatuh pada hari kelepasan mingguan, maka hari berikutnya akan menjadi Hari Kelepasan Am. Jika cuti tersebut jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu tersebut akan dianggap sebagai Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai cuti kelepasan am di Negeri Selangor, anda boleh merujuk kepada portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor. Semoga maklumat ini membantu anda dalam merancang percutian anda.

CARA KIRA CUTI UNPAID LEAVE(Boleh Ke Ambil Berapa Ambil)

 

Leave a Comment