GoREWARDS TNG(Cara Pengaktifan & Dapatkan Semak Mata)

GoREWARDS TNG(Cara Pengaktifan & Dapatkan Semak Mata)

GoREWARDS TNG

Touch n Go eWallet merupakan salah satu eWallet paling aktif dan banyak digunakan di Malaysia kerena ia merupakan satu aplikasi yang menyediakan banyak perkhidmatan di dalam perisian, antaranya pembayaran bil, letak kereta, pelaburan dan banyak lagi. Kini Terdapat satu ciri baharu yang telah diperkenalkan iaitu GoRewards TnG yang membolehkan pengguna untuk mengumpul mata ganjaran. Bagaimanapun, pengguna perlu mengaktifkan fungsi ini terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya aktif dan juga semakan mata ganjaran, semoga membantu.

 

APA ITU GoREWARDS TNG

GOrewards merupakan ciri baharu yang dikemaskini dalam aplikasi ewallet TnG yang merupakan penambahan ciri mata ganjaran. Dengan ciri ini, pengguna yang berbelanja menggunakan TNG eWallet akan menerima mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menebus ganjaran.

 

MUAT TURUN APLIKASI TNG eWALLET

Pada permulaannya, anda dikehendaki muat turun  dan install aplikasi TnG eWallet terlebih dahulu di telefon anda. Berikut adalah pautan aplikasi TnG eWallet:

 

KADAR MATA GANJARAN GOREWARDS TNG

Berikut adalah merupakan kadar mata ganjaran yang diperolehi bagi jumlah wang yang anda belanjakan seperti berikut:

  • RM1.00 = 1 Mata Ganjaran

Ini bermaksud, jika anda berbelanja sebanyak RM10.00, anda akan perolehi sebanyak 10 Mata ganjaran

 

CARA AKTIFKAN GoREWARDS TNG

Kepada anda yang telah mendaftar akaun TnG eWallet, berikut adalah merupakan cara untuk aktifkan fungsi ini iaitu:

  1. Buka aplikasi TnG eWallet dan log masuk akaun anda
  2. Pada paparan menu utama, klik pada bahagian GoReward
  3. Seterusnya klik pada Join Now
  4. Selesai, anda sudah bersedia untuk mengumpul mata ganjaran setiap kali berbelanjan dengan TNG eWallet.

 

KAEDAH PEMBAYARAN GoREWARDS TNG

Untuk makluman anda, tidak semua transaksi TNG eWallet akan menerima mata ganjaran GOrewards untuk permulaan. Pada masa kini ianya melibatkan transaksi seperti berikut sahaja untuk mendapat mata ganjaran iaitu:

  • Imbas kod QR peniaga yang menggunakan kod QR TNG eWallet
  • Imbas DuitNow QR peniaga yang menggunakan DuitNow QR oleh TNG eWallet
  • Kod QR TNG eWallet pengguna diimbas oleh peniaga
  • Berbelanja menggunakan kad TNG eWallet Visa

 

CARA SEMAK MATA GANJARAN GoREWARDS TNG

Kepada anda yang ingin menyemak jumlah mata ganjaran yang terkumpul, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi TnG eWallet dan log masuk akaun anda
  2. Pada paparan menu utama, klik pada bahagian GoReward
  3. Paparan akan menunjukkan jumlah mata ganjaran anda yang terkumpul

 

KEMPEN CABUTAN BERTUAH GoREWARDS 2023

Kempen Cabutan Bertuah GOreward (“Kempen”) akan berlangsung dari 6 November 2023 sehingga 31 Disember 2023 selama enam puluh satu (61) hari (“Tempoh Kempen”).

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara GoRewards Touch n Go, anda boleh hubungi:

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment