MAMAKERJA(Permohonan Insentif RM1000 Wanita Bekerja Selangor)

MAMAKERJA(Permohonan Insentif RM1000 Wanita Bekerja Selangor)

MAMAKERJA

Kerajaan Selangor menerusi Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat telah mengumumkan tentang pemberian satu insentif penjagaan anak bagi membantu golongan ibu yang sedang bekerja yang dikenali sebagai MamaKerja. Disini kami akan kongsikan kepada and acara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU INSENTIF MAMAKERJA

MamaKerja merupakan insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada wanita bekerja bagi memenuhi janji 100 hari Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program 5 Tekad untuk 5 Tahun. Seramai 5,000 wanita bekerja akan menerima insentif berjumlah RM1,000 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta.

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong wanita untuk kekal bekerja kerana keterlibatan wanita dalam pekerjaan akan menyumbang secara langsung kepada kemajuan ekonomi negeri. Insentif ini bertujuan membantu meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.

 

KADAR INSENTIF MAMAKERJA

Insentif sebanyak RM1,000 akan diberikan secara one-off (sekaligus) kepada para wanita bekerja yang mempunyai anak bertujuan untuk mengangkat martabat mereka dan dalam masa yang sama membantu memudahkan urusan mereka.

 

SYARAT KELAYAKAN MAMAKERJA

  1. Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohon insentif ini iaitu:
  2. Wanita bekerja dan bermajikan
  3. Rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun)
  4. Mengundi di Selangor
  5. Berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah
  6. Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  7. Bukan penerima bantuan Asuh Pintar, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Tunas

 

TARIKH PERMOHONAN MAMAKERJA

Permohonan insentif ini mulai dibuka pada 1 November 2023 pada 10:00 pagi.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pemohon perlu melengkapkan permohonan dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:

  • Kad pengenalan pemohon
  • Kad pengenalan pasangan
  • MyKid/Sijil lahir anak
  • Salinan penyata gaji terkini
  • Salinan penyata gaji pasangan terkini
  • Penyata KWSP terkini/ Penyata EA
  • Salinan penyata bank
  • Dokumen pengesahan pengundi Selangor

 

CARA PERMOHONAN INSENTIF MAMAKERJA

Kepada anda yang berkelayakan berikut adalah merupakan cara permohonan iaitu:

  1. Buka aplikasi Selangkah atau layari laman web rasmi MamaKarja
  2. Log masuk akaun anda
  3. Klik pada tawaran insentif MamaKarja
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan
  5. Ikuti proses permohonan sehingga selesai

 

CARA SEMAKAN PERMOHONAN INSENTIF MAMAKERJA

Keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dihantar. Semakan boleh dibuat menerusi aplikasi Selangkah atau layari laman web rasmi MamaKarja

 

TARIKH BAYARAN INSENTIF MAMAKERJA

Kepada individu yang layak agihan bantuan tersebut akan diberikan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan kelayakan diumumkan melalui akaun masing-masing.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) MAMAKERJA

Anda boleh merujuk soalan lazim di bawah berkaitan insentif ini:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insentif ini, sila rujuk saluran berikut:

  • Talian hotline : 1-800-22-6600
  • Laman web rasmi MamaKarja

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment