UJIAN KESIHATAN MENTAL KKM(Guna MyMinda MySejahtera)

UJIAN KESIHATAN MENTAL KKM(Guna MyMinda MySejahtera)

UJIAN KESIHATAN MENTAL KKM

Kepada anda yang ingin melaksanakan Ujian Kesihatan Mental kendiri, kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan ciri baharu MyMinda dalam MySejahtera yang membolehkan pengguna membuat penilaian kendiri status kesihatan mental masing-masing. Disini kami akan kongsikan kepada and acara perlaksanaan ujian ini, semoga membantu.

 

APA ITU MyMINDA MySEJAHTERA

MyMinda adalah satu inisiatif digital yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyokong kesihatan mental rakyat. MyMinda sebagai satu komponen baharu dalam aplikasi MySejahtera yang terdiri daripada tiga submodul yang membantu individu dalam penilaian kesihatan mental, penjagaan kesihatan mental kendiri, dan akses kepada profesional kesihatan mental.

 

MANFAAT MyMINDA MySEJAHTERA

MyMinda membantu meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, memberikan panduan penjagaan kesihatan mental kendiri, dan memudahkan akses kepada bantuan profesional.

 

KOMPONEN MyMINDA MySEJAHTERA

Perkhidmatan yang boleh diakses menerusi MyMinda ini adalah:

  • Talian Hotline bagi sokongan psikososial
  • Informasi berkaitan kesihatan mental dan sokongan psikososial.
  • Penilaian kendiri berkenaan status kesihatan mental

 

KELAYAKAAN PENGGUNAAN MyMINDA MySEJAHTERA

MyMinda layak untuk individu yang berumur 18 tahun ke atas yang mencari sokongan kesihatan mental.

 

KELEBIHAN MyMINDA MySEJAHTERA

Anda akan mempunyai akses kepada penilaian awal kesihatan mental, panduan penjagaan kesihatan mental diri, serta kemudahan untuk mencari dan berhubung dengan profesional kesihatan mental.

 

CARA MELAKSANAKAN UJIAN KESIHATAN MENTAL KKM MyMINDA

Kepada anda yang ingin melaksanakan ujian kesihat mental kendiri, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi MySejahtera (pastikan anda telah update versi terkini)
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pada paparan menu utama, klik pada ikon MyMinda
  4. Dapatkan perkhidmatan daripada senarai yang tertera seperti:
    • Talian sokongan Psikososial
    • Maklumat mengenai talian sokongan Psikososial
    • Maklumat mengenai kesihatan mental
    • Saringan tahap kesihatan mental
  5. Untuk melaksanan ujian kesihatan mental, klik pada Saringan tahap kesihatan mental
  6. Jawab soalan yang disediakan dalam MyMinda sehingga selesai, dan keputusan anda akan dipaparkan.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) MyMINDA MySEJAHTERA

Apa format maklumat yang disediakan dalam MyMinda?

  • MyMinda menyediakan maklumat dalam pelbagai format termasuk teks, infografik, video, dan juga suara seperti podcast.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah dengan MyMinda

  • Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah dengan MyMinda, anda boleh rujuk panduan dalam aplikasi atau hubungi pusat bantuan yang disediakan.

Adakah MyMinda membolehkan merekod perkembangan kesihatan mental?

  • Ya, MyMinda membenarkan merekod dan pemantauan perkembangan kesihatan mental.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Ujian Kesihatan Mental Kendiri KKM, anda boleh melayari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “UJIAN KESIHATAN MENTAL KKM(Guna MyMinda MySejahtera)”

Leave a Comment