PETA PALESTIN DULU SEKARANG(Gambar Wallpaper Background Mewarna Bendera)

PETA PALESTIN DULU SEKARANG(Gambar Wallpaper Background Mewarna Bendera)

PETA BENDERA PALESTIN

Konflik Israel dan Palestin telah berlarutan selama lebih 115 tahun. Kedua-dua wilayah itu mendakwa hubungan sejarah dan agama dengan tanah itu. Semasa tempoh konflik, bahagian tanah Israel berkembang secara beransur-ansur. Palestin pula semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Berikut dikongsikan infografik pada peta dan bendera Palestin.

 

KENALI NEGARA PALESTIN

Negara Palestin ialah sebuah negara yang berdaulat di Timur Tengah di antara Laut Tengah dan Sungai Jordan, merangkumi Tebing Barat dan Genting Gaza dengan baitulmaqdis sebagai ibu negara, walau bagaimanapun pusat pentadbirannya kini terletak di Ramallah. Keseluruhan wilayah yang dijadikan sebagai Negara Palestin telah diduduki sejak 1948, oleh Mesir, Jordan dan Israel selepas Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Selepas Perang Dunia Kedua, pada 1947, PBB menggunakan Pelan Pembahagian untuk Mandat Palestin yang mengesyorkan penubuhan sebuah negara Arab dan sebuah negara Yahudi dan mengantarabangsakan Kota Baitulmaqdis. Pelan pembahagian ini diterima oleh Yahudi-Zionis tetapi ditolak oleh Arab., negara Arab yang berjiran serta masyarakat Palestin telah memprotes dan bertempur dengan pasukan Israhell. Ia dinamakan Peristiwa an-Nakbah.

Kemudiannya, Kerajaan Seluruh Palestin telah ditubuhkan oleh Liga Arab pada 22 September 1948 untuk mentadbir kawasan kepungan yang dikawal Mesir di Gaza. Ia kemudiannya diiktiraf oleh semua negara anggota Liga Arab kecuali Transjordan. Walaupun bidang kuasa Kerajaan tersebut dinyatakan meliputi seluruh kawasan bekas mandat British atas Palestin, hakikatnya bidang kuasanya hanya terkesan di Genting Gaza. Israel kemudiannya menawan Genting Gaza dan Semenanjung Sinai daripada Mesir, Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur daripada Jordan dan Bukit Golan daripada Syria pada Jun 1967 dalam Perang Enam Hari.

Pada 15 November 1988 di Algiers, Yasser Arafat selaku Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin telah mengisytiharkan penubuhan negara Palestin. Selepas setahun menandatangani Perjanjian Oslo 1993, Pihak Berkuasa Palestin dibentuk untuk memerintah kawasan A dan B Tebing Barat dan Genting Gaza. Gaza akhirnya pada 2007 ditadbir sepenuhnya oleh Hamas, dua tahun selepas pembebasan Gaza dari Israel.

Negara Palestin diiktiraf oleh 138 negara anggota PBB dan sejak tahun 2012, ia merupakan negara pemerhati bukan anggota di Perhimpunan Agung PBB. Palestin merupakan negara anggota bagi Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan 77, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan lain-lain badan antarabangsa.

 

PETA PALESTIN DULU DAN SEKARANG

Berikut adalah merupakan infografik peta Palestin dulu dan sekarang:

PETA BENDERA PALESTIN

 

MAKSUD WARNA PADA BENDERA PALESTIN

Berikut adalah merupakan penerangan bagi maksud warna pada bendera Palestin iaitu:

PETA BENDERA PALESTIN

Warna hitamWarna hitam pada bendera Palestin merupakan simbol menuntut bela pada awal kemunculan Islam. Pada era tersebut, tentera-tentera Islam memakai serban atau penutup kepala berwarna hitam.
Warna putihWarna putih pula untuk memperingati peperangan pertama Rasulullah SAW iaitu Perang Badar manakala warna putih digunakan sebagai warna berkabung.
Warna hijauWarna hijau merupakan simbol ketaatan kepada Saidina Ali, sepupu Rasullah SAW yang pernah berselubung dengan selimut hijau di tempat tidur baginda dalam satu serangan.
Warna merahWarna merah yang melambangkan negara Islam pertama yang bangkit selepas era Khalifah Uthman III.

 

GAMBAR BENDERA PALESTIN

Berikut adalah merupakan gambar bendera Palestin yang anda boleh download iaitu:

Gambar Wallpaper Bendera Palestin

PETA BENDERA PALESTIN
PETA BENDERA PALESTIN
PETA BENDERA PALESTIN
PETA BENDERA PALESTIN

Nota: Anda boleh dapatkan pelbagai lagi pilihan wallpaper secara percuma DI SINI

Gambar Background Bendera Palestin

Gambar Mewarna Bendera Palestin

 

KOLEKSI DOA KEPADA PALESTIN

Berikut adalah merupakan himpunan doa iaitu:

  • “Ya Allah, satukanlah hati dan fikiran umat Islam di seluruh dunia untuk berdoa pada saudara-saudara kami di Palestin. Berikanlah kami kekuatan untuk berdiri bersama dalam menghadapi segala rintangan dan ketidakadilan.“
  • Ya Allah, jadikanlah tanah Palestin tempat kedamaian, keadilan, dan kebebasan untuk semua penduduknya.
  • “Ya Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang, kami berdoa dengan hati yang tulus, memohon rahmat dan perlindungan untuk saudara-saudara Islam kami di bumi Palestine. Mereka yang menghadapi ujian dan mereka yang menanggung beban yang berat.“
  • “Ya Allah, berikanlah mereka kekuatan untuk terus bersabar dan berpegang teguh pada iman mereka.“
  • Ya Allah, lapangkanlah jalan bagi mereka untuk mencapai keamanan dan keadilan. Lindungilah mereka dari segala bentuk kezaliman dan bahaya. Angkatlah darjat mereka dan kabulkanlah impian mereka untuk hidup dalam kedamaian.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment