CARA TUKAR DUIT SYILING PEJABAT POS APP(Lokasi Cawangan Terpilih)

CARA TUKAR DUIT SYILING PEJABAT POS APP(Lokasi Cawangan Terpilih)

TUKAR SYILING PEJABAT POS

Kepada anda yang mempunyai duit syiling yang banyak, semestinya anda ingin menukar duit tersebut. Kini tindakan penuakran syiling tersebut boleh dilaksanakan di pejabat Pos Malaysia bersama kemudahan Perkhidmatan Pertukaran Syiling KOCEK. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara tukar syiling di Pejabat pos dan senarai cawangan yang terlibat, semoga membantu.

 

APA ITU KOCEK

KOCEK sebelum ini dikenali sebagai MyPay Coin Conversion dan ia telahpun dibangunkan Pertama Digital sebagai langkah memacu pengedaran semula duit syiling yang tidak digunakan di pasaran.

Menerusi pembaharuan khidmat KOCEK – ini akan membantu BNM merancakkan semula aktiviti penukaran duit syiling kalangan pengguna. Ini kerana setiap tahun didapati sehingga 30% atau 240 juta keping syiling yang dikeluarkan telah menjadi syiling yang tidak digunakan dan disimpan di rumah, balang serta simpanan peribadi pengguna.

 

KELEBIHAN GUNA KOCEK

Berikut adalah murupakan antara kelebihan menggunakan perkhidmtan ini iaitu:

  • SENang : tukar duit syling kepada nilai tunai
  • Lancar : dari KOCEK terus ke akaun anda
  • Mudah : akses perkhidmatan di lokasi terdekat anda

 

MUAT TURUN APLIKASI MyPAY

Muat turun aplikasi MyPay untuk mulakan penukaran duit syiling anda dengan KOCEK secara percuma menerusi pautan di bawah:

 

LOKASI TUKAR DUIT SYILING PEJABAT POS

Berikut adalah merupakan antara lokasi cawangan pejabat pos yang terlibat dalam perkhdimatan penukaran duit syiling KOCEK iaitu:

  • Berjaya Times Square, LG, Berjaya Times Square
  • Subang Parade, Aras G, Pintu Utama 2
  • NSK Trade City (KUCHAI LAMA), Basement 1 (sebelah Cosway), Pintu Masuk F
  • Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, Kompleks Dayabumi
  • Pejabat Pos Besar Shah Alam, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 12
  • Pejabat Pos Bandar Baru Bangi, JKR, 208A, Jalan 6c/9
  • Pejabat Pos Kajang 2020, JKR 78, Jalan Hishamuddin

 

CARA TUKAR DUIT SYILING PEJABAT POS GUNA KOCEK

Berikut adalah merupakan cara penukaran syiling di pejabat pos menggunakan perkhidmatan KOCEK iaitu:

  1. Bula aplikasi MyPay di telefon anda
  2. Log masuk akaun anda. Bagi pengguna baharu seharusnya anda daftar terlebih dahulu.
  3. Pada paparan utama, Klik ikon KOCEK
  4. Seterusnya Pilih lokasi kiosk KOCEK berhampiran anda
  5. Serahkan duit syiling yang ingin ditukar kepada Krew KOCEK. Anda akan diberikan resit transaksi.
  6. Gunakan MyPay untuk mengimbas kod QR yang dipamerkan oleh Krew KOCEK
  7. Isi dan sahkan maklumat akaun bank penerima
  8. Anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi MyPay untuk pemakluman status pemindahan duit. Selesai.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara tukar duit syiling pejabat pos, anda boleh melayari pautan KOCEK

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment