STR FASA 1 2024 (Semakan Status Tarikh & Jumlah Bayaran)

STR FASA 1 2024 (Semakan Status Tarikh & Jumlah Bayaran)

STR 2024

Sekiranya anda belum membuat permohonan STR, untuk makluman semua, anda kini boleh membuat semakan melalui portal rasmi STR. Di sini kami akan kongsikan mengenai tarikh terkini permohonan baru STR 1 2024 dan cara membuat  permohonan. Semoga membantu.

 

APA ITU STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

 

JUMLAH BAYARAN STR 1 2024

Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum 300 ringgit. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang akan disalurkan sebelum Ramadan

  • Kadar maksimum STR juga meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.
  • Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada 350 ringgit kepada 500 ringgit.

 

TARIKH PERMOHONAN STR 1 2024

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini

 

CARA PERMOHONAN STR 1 2024

Kepada anda yang ingin membuat permohonan baharu STR, berikut adalah meurpakan caranya:

  1. Layari portal rasmi untuk login MySTR
  2. Klik pada butang “Permohonan Baharu”.
  3. Kemudian, pengguna perlu ke bahagian log masuk.
  4. Klik pada butang “Kemaskini Permohonan”.
  5. Pengguna mestilah memasukkan nombor MyKad yang betul dan klik pada butang “Semak”.
  6. Isi maklumat yang telah disediakan. Seterusnya, klik pada butang “Kemudian”.
  7. Pengguna hendaklah mengisi kod Captcha yang telah dinyatakan di ruangan yang disediakan dan klik pada butang “Sahkan Captcha”.
  8. Tandakan pada kotak di bahagian perakuan diri.
  9. Akhir sekali, klik pada butang “Hantar” dan permohonan pemohon berjaya dihantar kepada pihak LHDN.

 

TARIKH BAYARAN STR 1 2024

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahma pertama sehingga 500 ringgit akan dibuat pada bulan Februari 2024.

 

CARA SEMAKAN STATUS STR 1 2024

Sebelum itu, anda perlu tahu adakah permohonan status STR sama ada diterima , diluluskan atau tidak. Berikut adalah cara membuat semakan BKM:

  1. Layari laman web rasmi MySTR
  2. Masukkan  no kad pengenalan anda
  3. Masukkan kod catcha yang tertera
  4. Tekan semak
  5. Status BKM anda akan terpapar:
    • Nombor Pengenalan Akaun dikredit
    • Nama Penerima
    • Fasa Pembayaran
    • Jumlah dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank
  6. Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ini, anda boleh melayari portal rasminya iaitu MySTR

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment