PENYAKIT X KKM MALAYSIA(Senarai Fakta Simptom & Cara Pencegahannya)

PENYAKIT X KKM MALAYSIA(Senarai Fakta Simptom & Cara Pencegahannya)

PENYAKIT X

Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berwaspada dan mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan penyakit X muncul di negara ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda simptom dan cara pencegahannya. Semoga membantu.

 

APA ITU PENYAKIT X

Penyakit X adalah istilah yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2018, merujuk kepada sejenis patogen yang tidak diketahui, namun ia berpotensi menyebabkan wabak di seluruh dunia.

Istilah ini diperkenalkan bagi menggalakkan peralihan tumpuan penyelidikan dari strain virus tunggal ke arah pengkelasan virus yang lebih menyeluruh, seterusnya memperkukuhkan kapasiti global dalam kesiapsiagaan menghadapi patogen yang belum dapat dikenalpasti ini. WHO juga menekankan keperluan perancangan yang fleksibel dan pemantapan kesiapsiagaan bagi menghadapi PenyakitX ini.

 

SIMPTOM PENYAKIT X

Untuk makluman, ciri-ciri Penyakit X masih belum dikenal pasti dan waktu berlakunya penyakit ini belum diketahui, pakar-pakar kesihatan telah menyuarakan kebimbangan terhadap impaknya. Berbanding dengan COVID-19 yang kurang menyebabkan kematian, PenyakitX dijangka akan mudah tersebar seperti campak dan mungkin mengancam nyawa seperti Ebola.

Penularan PenyakitX boleh berasal dari pelbagai sumber termasuklah secara zoonotik, iaitu jangkitan dari haiwan kepada manusia. Kadar penyebaran PenyakitX akan semakin meningkat seiring dengan peningkatan kontak manusia dan haiwan, ditambah dengan pergerakan manusia merentas negara yang semakin mudah sekarang.

 

LANGKAH PERSEDIAAN PENCEGAHAN PENYAKIT X

Sebagai langkah persediaan bagi pencegahan penyakit X ini, berikut adalah merupakan antara langkah yang boleh dilakukan iaitu:

  • Melabur dalam Pengawasan: Bangunkan sistem pengawasan global yang teguh untuk mengesan ancaman yang muncul lebih awal.
  • Galakkan Satu Kesihatan: Mengiktiraf kesalinghubungan kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar untuk mengenal pasti dan mengurangkan risiko.
  • Penggunaan Antibiotik yang Bertanggungjawab: Laksanakan pengawasan antimikrobial untuk memerangi patogen tahan dadah.
  • Memperkukuh Sistem Penjagaan Kesihatan: Bina kapasiti dalam sistem penjagaan kesihatan untuk tindak balas wabak dan keperluan penjagaan kesihatan rutin.
  • Kerjasama Global: Memupuk kerjasama antarabangsa dalam perkongsian maklumat, peruntukan sumber dan usaha penyelidikan.
  • Pelan Kesediaan: Membangunkan pelan persediaan wabak yang komprehensif, termasuk menimbun bekalan penting dan pasukan tindak balas pantas.

 

KESIAPSIAGAAN MALAYSIA TERHADAP PENYAKIT X

Sebagai pemantapan kesiapsiagaan bagi menghadapi penyakit yang belum diketahui ini, pelan pandemik yang komprehensif, perluasan kempen vaksinasi dan penyediaan peruntukan khas pandemik adalah penting seperti yang disarankan oleh WHO.

Begitu juga dengan pemantauan berterusan, tindakan proaktif, penggunaan antibiotik yang rasional, langkah-langkah kawalan, dan kerjasama antarabangsa. Selain itu, pendekatan “One Health” yang menekankan hubungan antara manusia, haiwan dan kesihatan alam sekitar adalah komponen yang penting untuk mengeratkan kerjasama antara pelbagai disiplin.

Penjagaan kesihatan individu dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman, menguruskan berat badan dan mengelakkan faktor risiko seperti merokok juga boleh memantapkan kesiapsiagaan terhadap PenyakitX ini.

KKM sentiasa bersiapsiaga dan berwaspada terhadap kemungkinan munculnya PenyakitX ini berdasarkan pengalaman lalu dalam menangani penyakit seperti COVID-19, virus Nipah, SARS, dan MERS-CoV. Sistem kesihatan negara juga sentiasa diperkukuhkan sebagai persediaan menghadapi sebarang ancaman kesihatan yang mungkin berlaku.

 

CARA PENCEGAHAN PENYAKIT X

Orang ramai sentiasa dinasihatkan supaya mengikuti garis panduan kesihatan, mengamalkan kesihatan yang baik dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan penyakit ini.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit X, anda boleh merujuk portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “PENYAKIT X KKM MALAYSIA(Senarai Fakta Simptom & Cara Pencegahannya)”

Leave a Comment