KOMPAUN IMIGRESEN PATI MURAH(Cara Bayar Terkini Overstay)

KOMPAUN IMIGRESEN PATI MURAH(Cara Bayar Terkini Overstay)

KOMPAUN PATI

Kepada warga asing  atau pati yang memasuki malaysia dan tinggal / masih berada dalam negara ini selepas tempoh pas lawatan tamat / dibatalkan, seharusnya perlu ketahui terdapat tempoh-tempoh tertentu yang dibenarkan. Sekiranya lebih tempoh yang dibenarkan, anda akn dikenakan denda. Disini kami akan kongsikan kepada anda kadar kompaun dikenakan terhadap pati yang tinggal lebih masa, semoga membantu.

 

AKTA TINGGAL LEBIH MASA DI MALAYSIA

Tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Malaysia adalah satu kesalahan dibawah seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu pelanggaran seksyen 15(1)(c) akta yang sama.

 

KADAR BAYARAN DENDA PATI TINGGAL LEBIH MASA MALAYSIA

Denda tidak kurang daripada RM10,000.00 atau  penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Tindakan kompaun adalah alternatif hukuman bagi kesalahan di atas.


KADAR BAYARAN KOMPAUAN PATI TINGGAL LEBIH MASA

Berikut adalah merupakan kadar kompaun yang dikenakan sehinggan RM3,000 mengikut temnpoh dari tarikh akhir tamat iaitu:

  • 1-30 hari RM 30 sehari dan RM100 untuk Pas Khas
  • 31 hari – 6 bulan RM 1000 kompaun dan RM100 untuk Pas Khas
  • 6 bulan keatas RM 2000 kompaun dan RM100 untuk Pas Khas.
  • Bayaran kompaun bagi kesalahan masuk dan tinggal tanpa sah
  • RM 3000 kompaun dan RM 100 untuk Pas Khas

 

CARA BAYAR KOMPAUN IMIGRESEN PATI

Anda boleh berurusan dengan Bahagian Penguatkuasa Imigresen Malaysia sekiranya anda seorang pati yang Tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan:

  • Hadir ke Bahagian Penguatkuasa Imigresen Malaysia
  • Sila bawa bersama dokumen asal dan salinan perkara-perkara berikut:
    • Pasport/dokumen perjalanan (semua mukasurat);
    • Laporan polis (bagi kes kehilangan pasport);
    • Apa-apa bukti sebab tinggal lebih masa;
    • Tiket pesawat/bas/feri (bawah 7 hari)
  • Keperluan tambahan bagi Majikan:
    • Majikan perlu hadir bersama dengan pekerja;
    • Surat iringan (Syarikat sahaja);
    • Lesen perniagaan/pendaftaran syarikat;
    • Pengenalan (mykad/Kad Kuning/Kad Pekerja);
    • MEMO rujukan daripada BPA/VPP/BPP/MIDA (Jika berkaitan)
      • BPA-Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia
      • BPP-Pas Pengajian, Jabatan Imigresen Malaysia
      • VPP-Bahagian Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen Malaysia
      • MIDA-Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
    • Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)
      • Tinggal di Malaysia setelah pas/permit tamat atau dibatalkan.

 

KESAN PATI TINGGAL LEBIH MASA DI MALAYSIA

Anda mungkan akan tersenarai Blacklist Immigration / Bli dalam tempoh seperti berikut:

  • 7 hari – 1 bulan = 1 Tahun
  • 2-3 bulan = 2 Tahun
  • 3-5 bulan = 3 Tahun
  • 6 bulan keatas = 5 Tahun
  • Kes masuk dan tinggal secara tidak sah = 5 Tahun
  • Kesalahan kali kedua = 5 Tahun

 

MAKLUMAT LANJUT

Boleh merujuk pada portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment