CARA PRINT TAG BEG BAGASI AIRASIA DI AIRPORT (Pasang Proses Self Drop)

CARA PRINT TAG BEG BAGASI AIRASIA DI AIRPORT (Pasang Proses Self Drop)

TAG BEG BAGASI AIRASIA

Untuk pengetahuan anda, kini perkhidmatan daftar masuk (Check in) Air Asia melalui laman web di telefon tidak lagi tersedia dan kerana Air Asia kini telah memperkenalkan AirAsia Super App untuk memudahankan pelanggannya. Disini sini kami kongsikan cara anda print tag beg bagasi AirAsia, semoga membantu.

 

CARA CHECKIN TIKET AIRASIA

Check in menggunakan Air Asia Super App untuk menerima pas e-Boarding anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Air Asia Super App (Play Store / Apple Store)
  2. Log masuk akaun anda
  3. Klik pada tab ‘Check-In’ pada AirAsia Super App dan masukkan butiran tempahan anda untuk meneruskan.
  4. Pilih tetamu untuk mendaftar masuk dan melengkapkan langkah yang diperlukan.
  5. Selepas daftar masuk berjaya, pas e-Boarding anda akan dikeluarkan.
  6. Anda juga akan menerima Kod QR untuk mencetak tag beg daripada kiosk tanpa sentuh AirAsia di lapangan terbang (tersedia di kebanyakan lapangan terbang).

NOTA: Pas e-Boarding pada airasia Super App atau dalam bentuk PDF boleh diterima untuk menaiki pesawat dan tetamu tidak perlu mengemukakan pas masuk fizikal.

 

CARA PRINT TAG BEG BAGASI DI KIOSK AIRASIA

Berikut adalah merupakan cara untuk anda printkan tag beg bagasi di Kiosk AirAsia iaitu:

  1. Pergi ke mesin Kiosk Air Asia di Airport
  2. Touch pada screen mesin kiosk tersebut
  3. Pada paparan menu utama klik pada Print Laggage Tag
  4. Seterusnya klik pada Scan Bording Pass anda seperti yang ditunjukkan pada mesin tersebut.
  5. Masukkan jumlah beg bagasi anda dan klik enter
  6. Selesai, tag bagasi anda akan keluar pada mesin kiosk tersebut.

 

CARA PASANG TAG BEG BAGASI YANG BETUL

Setelah anda dapatkan tag beg bagasi anda, berikut adalah merupakan cara pasang yang betul iaitu:

  1. Perhatikan tag bagasi anda tersebut, pastikan anda mula Tarikkan stricker di bahagian atas yang tertera Peel Here.
  2. Setelah tarik sampai ke had yang ditetapkan, masukkan sticke tersebut di pemegang beg bagasi anda
  3. Kemudian tampalkan sticker tersebut pada bahagian bawah tag bagasi yang tertera Stick Here. Pastikan hujung atas dan bawah tag tersebut adalah sama
  4. Seterusnya ratakan pelekat tersebut dengan kemas. Selesai

NOTA: untuk makluman, sebagai rujukan tag bagasai anda, anda boleh cabut satu sticker kecik yang terdapat pada tag beg gasi tersebut dan tampalkan pada salah satu tiket anda (jika naik berkeluarga)

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment