PASAR IKAN SAFMA KOTA KINABALU KK LOKASI WAKTU OPERASI(Beli Ikan Seafood Naik Flight)

PASAR IKAN SAFMA KOTA KINABALU KK LOKASI WAKTU OPERASI(Beli Ikan Seafood Naik Flight)

PASAR IKAN KOTA KINABALU

Kepada anda yang kunjungi atau bercuti di Kota Kinabalu Sabah, seharusnya anda singgah di Pasar Ikan Kota Kinabalu. Berkemungkinan anda akan membeli pelbagai seafood dan ikan segar untuk dibawa pulang kerana harganya yang amat murah. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU PASAR IKAN SAFMA KOTA KINABALU

Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (80744-X) atau lebih dikenali dengan nama SAFMA telah ditubuhkan pada 05 Februari 1982 iaitu hasil penilaian bersama ke atas Industri Perikanan di negeri Sabah oleh Asian Development Bank (ADB) dan Kerajaan Negeri Sabah.

 

AKTIVITI PASAR IKAN SAFMA KOTA KINABALU

Berikut adalah merupakan aktivti perniagaan utama yang terdapat di pasar KK iaitu:

  • Jeti Pendaratan dan Dewan Borong.
  • Bekalan Diesel dan Air Untuk Kapal-Kapal Nelayan.
  • Jualan Ais Untuk Nelayan dan Pengguna Sekitar Kompleks.
  • Ruang Memproses dan Bilik-Bilik Sejuk Beku.
  • Pasar Malam / Parkir (Todak).
  • SAFMA Seafood Minimart.

 

KELEBIHAN PASAR IKAN SAFMA KOTA KINABALU

Berikut adalah merupakan antara kelebihan membeli ikan disini iaitu:

  • Terdapat pelbagai jenis ikan dan hasil laut yang segar untuk dijadikan lauk masakan
  • Harga yang terlalu murah berbanding dalam pasaran

 

LOKASI & WAKTU OPERASI PASAR IKAN SAFMA KOTA KINABALU

Berikut adalah merupakan lokasi dan waktu operasi pasar ikan KK iaitu:

  • Lokasi
    • Kompleks Perikanan SAFMA, Jln Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
  • Waktu operasi
    • Setiap hari: 12.00 pagi hingga 4.00 petang

 

CARA BELI IKAN SEAFOOD NAIK FLIGHT

Kepada anda yang ingin membeli ikan segar di pasar ikan KK dan ingin membawa pulang ke kampung halaman dengan naik flight, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pilih jenis ikan atau seafood yang anda inginkan di pasar ikan KK tersebut
  2. Kebanyakkan peniaga ada menyediakan perkhidmatan membungkus untuk menaiki kapal terbang
  3. Kadar bayaran pembukusan adalah pada harga RM20 sehingga RM25 untuk saiz kotak sederhana.
  4. Barangan anda akan diletakkan dalam kotak styrofom dan diisi dengan ais dan disumbat dengan surat khabar supaya kemas dan padat.
  5. Kotak styrofom dimasukkan ke dalam kotak kadbod dan dililit dengan tape disekelilingnya dan dibikin pemegang untuk dibawa naik ke dalam pesawat.
  6. Apabila menaikki pesawat, pastikan anda letakkan dalam pesawat dan tidak diletakkan dalam kargo pesawat
  7. Setelah sampai di rumah anda, anda boleh terus bukan barangan anda tersebut dan letakkan ke dalam freezer atau anda boleh teruslah masak makan ini segar-segar.

NOTA: Untuk makluman anda, terdapat kedai seafood di airport yang juga menyediakan perkhidmatan pembukusan makanan laut segar ini.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment