SYIQAQ(Maksud Bentuk Contoh Cara Atasi Permohonan Cerai)

SYIQAQ(Maksud Bentuk Contoh Cara Atasi Permohonan Cerai)

SYIQAQ

Pada masa kini kes penceraian seringkali terjadi disebabkan faktor tertentu. Tetapi pernahkah anda mendengar tuntutan cerai syiqaq? Disini kami akan kongikan kepada anda sedikit penjelasan mengenai cerai shiqaq ini, semoga membantu.

 

APA ITU MAKSUD SYIQAQ

Syiqaq bermaksud dari segi bahasa adalah “pertengkaran” “pergaduhan” “pertelingkahan”. Manakala dari sudut istilah hukum syarak adalah bermaksud pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan lagi antara suami dan isteri yang menyebabkan keduanya tidak dapat hidup bersama menjalankan tanggungjawab dan saling menghormati antara satu sama lain. syiqaq merupakan perselisihan berlaku pada kedua-dua belah suami dan isteri secara bersama-sama.

 

CONTOH KES SYIQAQ

Berikut adalah merupakan beberapa contoh shiqaq iaitu:

  • Perkelahian yang kerap antara suami dan isteri itu sama ada oleh sebab nusyuz isteri, kezaliman suami, ketidaktentuan siapa yang benar antara kedua-duanya; atau salah satu pihak atau kedua-dua pihak berdusta atau menuntut yang bukan hak.
  • Perkelahian yang kerap antara suami isteri sehingga menimbulkan kesukaran menjalankan tanggungjawab masing-masing dan saling tuduh menuduh tidak melaksanakan hak sebagai suami dan isteri.
  • Suami atau isteri saling tuduh-menuduh antara keduanya mempunyai hubungan yang melampaui hukum syarak dengan perempuan atau lelaki lain.
  • Perkelahian yang kerap hingga menyebabkan pukul-memukul.
  • Salah seorang meninggalkan rumah kediaman, tidak tinggal bersama sedangkan punca sebenar tidak dapat dibuktikan oleh kedua-dua pihak di hadapan Mahkamah.
  • Suami atau isteri saling tuduh menuduh antara keduanya mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap anak-anak sehingga berlaku pertikaian dan perkelahian yang kerap.
  • Jika didapati bahawa sebarang tuntutan oleh isteri untuk mendapatkan pembuburan perkahwinan tidak sabit dan ditolak oleh Mahkamah atas alasan dia tidak dapat membuktikan kebenarannya dan Mahkamah mendapati pertikaian itu masih lagi berterusan atau berulang antara suami isteri tersebut.

 

CARA ATASI SYIQAQ

Berikut adalah merupakan beberapa panduan untuk atasi Shiqaq iaitu:

  • Pengetahuan pasangan suami isteri tentang hak masing-masing
  • Melakukan pergaulan yang baik antara suami isteri
  • Peringatan kepada isteri tentang besarnya hak-hak suami ke atas isteri
  • Saling menasihati antara pasangan suami isteri
  • Pindah dari tempat tidur (tidak seketiduran)
  • Mencari punca permasalahan rumah tangga
  • Lapor kepada mahkamah

 

CARA PERMOHONAN CERAI SYIQAQ

Berikut adalah merupakan prosedur permohonan cerai shiqaq iaitu:

  • Untuk mengatasi kemelut rumah tangga yang terjadi antara suami dan isteri, agama Islam memerintahkan agar mendapat keputusan dari orang hakam (juru damai).
  • Pengutusan hakam ini bermaksud untuk memastikan sebab terjadinya syiqaq dan berusaha mencari jalan keluar dengan memberikan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga yang dihadapkan oleh kedua suami istri tersebut.
  • Terdapat dua proses Hakam:-
    • Hakam Keluarga: pihak-pihak perlu melantik hakam lelaki daripada kalangan ahli keluarga untuk berbincang sekiranya ada ruang pendamaian, punca dan cara penyelesaian/perpisahan yang terbaik.
    • Hakam dengan kuasa penuh Mahkamah: Hakam ini dilantik oleh mahkamah dan mempunyai kuasa penuh bagi memerintahkan perceraian.
  • Dalam Majlis Tahkim tersebut, hakam suami akan cuba mendapatkan kuasa penuh daripada suami untuk menceraikan isteri dengan talaq jika perdamaian gagal dicapai dan hakam isteri pula akan cuba mendapatkan kuasa penuh daripada isteri untuk menerima lafaz khul’ daripada hakam suami jika suami bersetuju cerai dengan cara khul’.
  • Selepas selesai Majlis Tahkim tersebut, kedua-dua hakam akan melaporkan kepada mahkamah keputusan daripada Majlis Tahkim tersebut.
    • Jika suami isteri tersebut berjaya didamaikan, mahkamah akan memerintahkan suami isteri tersebut untuk berdamai dan kembali hidup sebagai suami isteri.
    • Namun, sekiranya hakam gagal mendamaikan suami isteri tersebut atau mendapatkan kuasa penuh daripada suami untuk menceraikan isteri dengan talaq, mahkamah boleh melantik hakam baru.
  • Bagaimanapun, jika cara itu juga tidak berkesan, hakam mempunyai kuasa mentalaqkan isteri jika punca shiqaq adalah disebabkan oleh pihak suami atau melafazkan talaq khul’ kepada isteri jika shiqaq disebabkan oleh isteri.
  • Menerusi cara tersebut, maka terbubarlah perkahwinan secara sah menurut undang-undang dan hukum syarak.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment