RAHIM JATUH BOLEH MENGANDUNG PERIOD SEBELUM KAHWIN(Simptom Kesan Rawatan)

RAHIM JATUH BOLEH MENGANDUNG PERIOD SEBELUM KAHWIN(Simptom Kesan Rawatan)

RAHIM JATUH

Kepada para wanita, sudah semestinya masalah peranakan jatuh merupakan kebimbangan anda. Ini kerana masalah peranakan jatuh atau uterus prolaps adalah keadaan dimana terdapat bahagian organ rahim atau vagina yang terkeluar daripada tempatnya. Disini kami akan kongsikan kepada anda sedikit pengetahuan tentang rahim jatuh, semoga membantu.

 

APA ITU RAHIM JATUH

Masalah peranakan jatuh atau uterus prolaps adalah keadaan dimana terdapat bahagian organ rahim atau vagina yang terkeluar daripada tempatnya. Ia sering disertai dengan penglibatan organ sekitarnya seperti pundi kencing dan rektum dubur.

 

PUNCA RAHIM JATUH

Berikut adalah merupakan beberapa punca yang terjadinya masalah peranakan jatuh iaitu:

  • Mempunyai sejarah menjalani pembedahan pada pelvis
  • Faktor-faktor yang berkaitan kelahiran bayi seperti kecederaan, melahirkan bayi dengan saiz yang besar atau melahirkan bayi menerusi faraj
  • Faktor umur yang semakin meningkat. Khususnya setelah menopaus kerana tahap estrogen telah menurun
  • Berlaku peningkatan tekanan dalaman abdomen
  • Kerap mengangkat barang-barang berat
  • Meneran dengan kuat sewaktu membuang air
  • Batuk yang kronik
  • Faktor genetik yang mendorong kepada berlakunya kelemahan pada tisu penghubung

 

SIMPTOM RAHIM JATUH

Berikut adalah merupakan tanda-tanda bagi masalah peranakan jatuh iaitu:

  • Sakit pinggang yang berpanjangan
  • Sakit tumit
  • Paha dan betis rasa kebas
  • Tak boleh nak kawal kencing terutama ketika batuk dan bersin
  • Rasa senak dan tidak selesa di bahagian perut
  • Rasa berat di bahagian ari-ari
  • Kencing tak lawas
  • Kepedihan atau kebocoran air kencing semasa hubungan seksual
  • Rasa badan seperti demam terutama selepas Asar

 

KESAN JIKA RAHIM JATUH

Masalah peranakan jatuh boleh menyebabkan wanita mengalami kesukaran untuk hamil. Hal ini kerana rmasalah peranakan jatuh ini berada dekat, di atau di luar bukaan vagina. Keadaan ini menjadikan persekitaran yang kurang sesuai untuk sperma. Sperma hidup di tempat yang lembap dan hangat seperti kawasan vagina yang lebih dalam. Sekiranya rahim terkeluar dari faraj, sperma yang tersimpan didorong ke luar faraj dan terkena udara dan akan mati. Ini mengurangkan peluang hamil.

 

CARA MENGESAN RAHIM JATUH

Berikut adalah merupakan cara anda boleh kesan masalah peranakan jatuh dirumah iaitu:

  • Duduk dalam kedudukan berbaring. Kemudian, tekan ibu jari di pusat. Jika berdenyut, tandanya rahim dalam kedudukan betul.
  • Duduk bercangkung, kemudian masukkan jari dalam faraj. Jika jari dapat menyentuh objek lembut dengan mudah, maksudnya peranakan rendah. Jika mahu memastikannya, guna cermin untuk lihat.
  • Dalam posisi baring, ambil minyak kelapa atau minyak zaitun dan urut perut. Jika terasa ada benjolan kecil di bahagian tundun, itu tandanya masalah peranakan jatuh

 

CARA RAWATAN RAHIM JATUH

Terdapat dua kaedah rawatan pembedahan yang tersedia iaitu hysterectomy atau penggantungan rahim (uterine suspension).

  • Bagi proses penggantungan rahim, doktor bedah akan meletakkan uterus kembali pada tempat asalnya dengan cara mencantumkan ligamen pelvis atau dengan menggunakan alat pembedahan.
  • Manakala bagi prosedur hysterectomy, doktor akan membuang uterus daripada tubuh. Oleh sebab itu, pembedahan ini tidak disarankan untuk mereka yang merancang memiliki anak.

 

PANDUAN PENCEGAHAN RAHIM JATUH

Berikut adalah merupakan beberapa panduan yang boleh dilakukan bagi menggelakkan masalah peranakan jatuh iaitu:

  • Cuba kurangkan berat badan untuk mengurangkan tekanan atau beban pada struktur pelvis. Berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan berkenaan strategi untuk kurangkan berat badan yang sesuai untuk anda
  • Lakukan senaman Kegel. Ia adalah satu senaman untuk lantai pevis yang membantu menguatkan otot faraj terutamanya setelah anda bersalin
  • Elak sembelit. Minum banyak air dan makan makanan yang tinggi dengan kandungan serat seperti buah-buahan, sayuran, kekacang dan bijirin

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai rahim jatuh, anda boleh melayari portal rasmi MyHealth KKM

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment