DEMAM DENGGI(Tanda Kanak-Kanak Dewasa Cara Rawatan Makanan Cepat Sembuh)

DEMAM DENGGI(Tanda Kanak-Kanak Dewasa Cara Rawatan Makanan Cepat Sembuh)

DEMAM DENGGI

DEMAM denggi penyakit virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk aedes. Ia boleh berlaku pada tahap ringan hingga teruk. Dalam keadaan teruk (severe dengue), ia berisiko menyebabkan kematian. Oleh itu, semua individu perlu mengetahui tentang demam ini, semoga membantu.

 

APA ITU DEMAM DENGGI

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya. Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

 

TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI

Berikut adalah merupakan antara dan gejala demam denggi iaitu:

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 – 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai “breakbone fever”.
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.

 

SIMPTOM DEMAM DENGGI

Berikut adalah simptom yang perlu anda perhatikan adalah:

  • Demam tinggi tiba-tiba (40°C/104°F)
  • Sakit kepala yang sangat teruk
  • Sakit belakang mata
  • Sakit otot dan sendi
  • Rasa mual dan muntah
  • Kelenjar bengkak
  • Ruam badan

NOTA: Simptom biasanya berlangsung selama 2-7 hari (fasa demam) dan kebanyakan orang pulih daripada demam denggi selepas seminggu.


SIMPTOM DEMAM DENGGI BERDARAH

Dalam kes yang teruk, simptom yang perlu anda perhatikan adalah:

  • Pendarahan dari mulut / gusi / hidung
  • Kulit berpeluh lembap
  • Pendarahan dalaman yang membawa kepada muntah dan najis hitam
  • Sakit abdomen
  • Tompok darah kecil di bawah kulit
  • Nadi lemah

 

CARA RAWATAN DEMAM DENGGI

Untuk makluman anda masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam hendaklah mendapatkan rawatan segera. Anda harus melakukan perkara berikut untuk pulih:

  • Segera berjumpa dengan doktor jika menghidap demam dan tinggal / dari kawasan kes denggi tinggi kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin NSAD (ubat tahan sakit) bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

 

PETUA RAWATAN DEMAM DENGGI

Berikut adalah merupakan petua atu tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam ini iaitu:

Jus Daun BetikJus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
Sup Ketam NipahReneh sup ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu.
Buah TembikaiMakan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh..
Air MasakMinum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Buah KiwiJus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
Jus KurmaJus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.

 

LANGKAH PENCEGAHAN DEMAM DENGGI

Berikut adalah merupakan antara langkah pencegahan yang anda boleh lakukan iaitu:

  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
    • Membuang bekas yang boleh menakung air
    • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
    • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
    • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
    • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
  2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
    • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
    • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
    • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
    • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai deman denggi, anda boleh melayari portal rasmi MyHealth KKM

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment