REMPAH 3 4 SEKAWAN(Gambar Contoh Cara Beli Isteri Kirim)

REMPAH 3 4 SEKAWAN(Gambar Contoh Cara Beli Isteri Kirim)

REMPAH 3 4 SEKAWAN

Semestinya kebiasaan anda akan mendengar bahawa dalam masakan Melayu banyak menggunakan rempah 3 atau 4 sekawan ni. Apakah rempah sekawan ini? Disini kami akan kongsikan kepada anda mangenai rempah sekawan ini, semoga membantu.

 

APA ITU REMPAH 3 4 SEKAWAN

Tiga atau Empat sekawan ini ialah rempah yang sering orang ramai menggunakannya dalam masakan. Pada asalnya mereka adalah tiga sekawan dan di tambah satu lagi bahan yang menjadikan mereka digelar sebagai empat sekawan. Ia adalah rempah-rempah utama yang paling asas. Biasanya rempah ini digunakan dalam penyediaan sup dan masakan berempah.

 

JENIS REMPAH 3 4 SEKAWAN

Berikut adalah merupakan jenis rempah tiga atau empat sekawan iaitu:

REMPAH 3 SEKAWANREMPAH 4 SEKAWAN
  1. Kayu Manis (Cinnamon)
  2. Bunga Cengkih (Clove)
  3. Bunga Lawang (Star Anise)
  1. Kayu Manis (Cinnamon)
  2. Bunga Cengkih (Clove)
  3. Bunga Lawang (Star Anise)
  4. Buah Pelaga (Cardomom)

 

KENALI REMPAH 3 4 SEKAWAN

Berikut adalah merupakan penjelasan mengenai rempah tiga atau empat sekawan ini iaitu:

REMPAHKETERANGANGAMBAR
Kulit Kayu Manis (Cinnamon)Kulit kayu manis adalah pemanas badan. Minyaknya adalah sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran rempah-ratus yang digunakan dalam resipi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Ia juga digunakan untuk menumis, menambah wangian pada air gula, membuat “cinnamon roll” dan pai epal serta wangian.
Tambahan pula, pengambilan setengah sudu serbuk kayu manis setiap hari atau merendam sepotong kulit kayu manis ke dalam minuman teh dapat menurunkan panas gula dalam darah pesakit diabetis.
REMPAH 3 4 SEKAWAN
Bunga Cengkih (Clove)Bunga cengkih mempunyai rasa yang tajam, kuat, manis, berangin, pahit dan kelat. Baunya paling menusuk antara rempah-ratus yang lain hingga meninggalkan kesan kebas di dalam mulut. Walau bagaimanapun, Bunga cengkih sesuai dibeli dalam bentuk asalnya kerana bentuk serbuk menyebabkan rasanya cepat hilang. Kisaran bunga cengkih selalunya digunakan dalam membuat kek.
Bunga cengkih juga, digunakan dalam masakan nasi beriani dan sering digunakan dengan jintan putih dan kulit kayu manis. Namun, bagi menentukan kualiti bunga cengkih yang bagus, masukkannya ke dalam secawan air. Bunga cengkih yang elok akan terapung secara menegak manakala yang tidak elok akan tenggelam atau terapung secara mendatar.
REMPAH 3 4 SEKAWAN
Bunga Lawang (Star Anise)Bunga Lawang adalah salah satu bahan dalam lima rempah serbuk Cina. Ia digunakan sama ada dalam bentuk asal atau hanya bahagian-bahagian untuk menambah rasa ke dalam masakan daging dan ternakan lain yang direneh lama untuk menghasilkan aroma yang kuat. Bunga lawang kisar digunakan dalam masakan salai untuk menguatkan aroma masakan tersebut.
Ia juga digunakan dalam masakan kari, dan minuman teh. Bunga lawang dipercayai dapat membantu menghadamkan makanan serta melegakan sakit dada, sakit senggal tulang dan kembung perut.
Buah Pelaga (Cardomom)Buah pelaga cukup dikenali sebagai rempah-ratus empat sekawan dalam masakan dan secara tradisional ia dikunyah bersama sirih pinang. Buah pelaga juga adalah rempah ketiga paling mahal di dunia dan dianggap sebagai Ratu Rempah. Ia juga mempunyai aroma manis dan rasa yang sedikit pedas.
Tambahan pula, minyak patinya diperolehi dari biji melalui penyulingan stim. Hampas minyak dan damar digunakan dalam pemprosesan makanan, minuman beralkohol dan minyak wangi. Buah Pelaga dipercayai dapat membantu mengeluarkan angin dari perut dan usus selain melawaskan haid serta air kecil.

 

MASAKAN YANG GUNA REMPAH 3 4 SEKAWAN

Antara resepi masakan yang menggunakan Rempah tiga atau empat sekawan ini adalah:

  • Sup
  • Masak Kurma
  • Mee Kari
  • Masak Kicap
  • Nasi minyak
  • Nasi beriani
  • Kari daging
  • Ayam masak merah

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “REMPAH 3 4 SEKAWAN(Gambar Contoh Cara Beli Isteri Kirim)”

Leave a Comment