KAUNSELING RUMAH TANGGA PEJABAT AGAMA MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR(Pengalaman Temujanji)

KAUNSELING RUMAH TANGGA PEJABAT AGAMA MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR(Pengalaman Temujanji)

KAUNSELING RUMAH TANGGA

Keluarga adalah komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan negara. Sebagai satu institusi sosial penting dalam masyarakat, keluarga bahagia akan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya. Akhir-akhir ini, semakin banyak cabaran dan dugaan dalam berbagai bentuk yang boleh mengakibatkan krisis dalam keluarga. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan kaunseling rumah tangga Selangor, semoga membantu.

 

APA ITU KAUNSELING RUMAH TANGGA

Menyedari hakikat bahawa manusia sentiasa memerlukan pandangan dan nasihat berterusan dalam menjalani kehidupan, perkhidmatan khidmat nasihat dan rundingcara kekeluargaan di semua Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Orang awam boleh mendapatkan khidmat nasihat umum, bimbingan dan rundingan merangkumi aspek sosial, emosi, rohani dan spiritual, aduan kekeluargaan, rumahtangga dan pertanyaan mengenai pelbagai aspek kehidupan dan kekeluargaan.

 

PERKHIDMATAN KAUNSELING RUMAH TANGGA

Orang awam boleh mendapatkan khidmat nasihat sebagai usaha untuk membantu mereka meredakan permasalahan yang di hadapi dan menyelesaikannya dengan berpandukan seperti isu:

  • Perkahwinan
  • Perceraian
  • Rujuk
  • Krisis rumahtangga
  • Poligami
  • Hal-hal berkaitan syariah Islamiah hukum Syarak.

 

PERANAN KAUNSELING RUMAH TANGGA

Antara peranan-peranan kaunseling adalah seperti berikut:

  • Membantu individu untuk lebih mengenali diri sendiri terutamanya berkaitan sikap dan juga pembawakan diri.
  • Memberi sokongan emosi dan galakan untuk mengurang rasa beban yang terkumpul di pemikiran.
  • Menyelesaikan konflik dan mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu.
  • Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan bagi mewujudkan dan mencari titik-titik persamaan dan seterusnya mencapai penyelesaian yang menguntungkan.
  • Membantu individu membuat keputusan secara baik, rasional dan bersesuaian.
  • Memberi dan mengemukakan cadangan dan berbincang mengenai kesan sebelum sesuatu keputusan diambil.

 

CARA PERMOHONAN KAUNSELING RUMAH TANGGA

Berikut adalah merupakan antara kaedah untuk anda membuat permohonan bagi mendapatkan perkhidmatan kaunseling iaitu:

Secara Walk-In

  • Pelanggan boleh mendapatkan khidmat nasihat umum dengan cara hadir terus (walk in) ke pejabat, melalui telefon atau email.
  • Bagi aduan kekeluargaan, Pelanggan hendaklah mendaftar masuk di dalam Sistem Khidmat Nasihat dan Runding Cara Kekeluarrgaan (ePrihatin) untuk mengisi Borang Aduan Kekeluargaan dan melengkapkan borang sehingga selesai sebelum tindakan selanjutnya akan diambil oleh Pegawai di Unit Undang-Undang Keluarga berkaitan.

Secara online

  1. Layari pautan Aduan Rundingcara Online SSPIM
  2. Pada paparan utama, Klik pada modul “Rundingcara Online” dan klik daftar “Aduan Baru”
  3. Isi “maklumat pengadu”(Pemohon) dengan lengkap dan pastikan maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi. Setelah lengkap klik “Seterusnya ”
  4. Isi “Yang Kene Adu” dengan lengkap dan pastikan maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi. Setelah lengkap klik “Seterusnya ”
  5. Isi “Maklumat Aduan” dan klik “Tujuan Pengaduan” dan pilih;
    • “Rundingcara” – boleh beri tarikh cadangan sesi,
    • “Perceraian”,
    • “Pandangan / Nasihat Am” atau;
    • “ Jawatankuasa Pendamai” – boleh beri tarikh cadangan sesi.
  6. Seterusnya Isi keterangan masalah dengan lengkap dan klik “Seterusnya
  7. Tick pada kota setuju dan klik “Hantar
  8. Pengadu akan diberi No. Rujukan Aduan – sila simpan.

NOTA: Satu tarikh temujanji akan ditetapkan antara Pengadu dan Orang Yang Kena Adu untuk membuat rundingan perdamaian bagi isu yang diketengahkan dan mencari penyelesaian terbaik.

 

SIAPA PERLU HADIR KAUNSELING RUMAH TANGGA

Sesi runding cara ini kebiasaan adalah kepada Pengadu dan Yang Kena Adu yang telah mendaftar dan mengisi permohonan melalui sistem dan fail rasmi dibuka untuk tujuan rekod sesi rundingan.

 

PENGALAMAN KAUNSELING RUMAH TANGGA

Berikut adalah merupakan antara pengalaman sesi kaunseling ini iiatu:

  1. Kebiasaannya antara permasalahan yang seringkali berkaitan rumah tangga adalah dalam hal situasi berikut:
    • Kurang Komunikasi antara pasangan
    • Berlaku Curang
    • Mudah Bosan
    • Belum Bersedia
    • Masalah Kewangan
    • Nafsu Tinggi atau Mati Pucuk
  2. Kepada pengadu dan Yang Kena Adu hendaklah hadir pada tarikh sesi kaunseling yang ditetapkan
  3. Pegawai tersebut akan memberi khdimat nasihat terbaik bagi penyelesaian rumah tangga anda.
  4. Tempoh sesi kaunseling akan bergantung kepada permasalahan yang anda alami.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) KAUNSELING RUMAH TANGGA

Di manakah perkhidmatan khidmat nasihat / rundingcara kekeluargaan boleh diperolehi oleh seseorang yang menghadapi masalah kekeluargaan?

  • Seseorang yang menghadapi masalah kekeluargaan boleh mendapatkan khidmat nasihat dan rundingcara dari mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan dengan tempat beliau tinggal

Adakah seseorang yang ingin bercerai, boleh melafazkan talak / cerai di hadapan mana-mana Pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah?

  • Tidak. Sebarang lafaz cerai yang ingin dibuat oleh seorang suami, hendaklah dilafazkan di hadapan Hakim Syariah dengan kebenaran Hakim berkenaan. Jika lafaz cerai dibuat di luar Mahkamah atau tanpa kebenaran Mahkamah, seorang suami boleh didenda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Adakah Aduan Kekeluargaan saya dirahsiakan?

  • Aduan anda akan dirahsiakan. Hanya Pengadu dan Yang Kena Adu perlu hadir ke sesi runding cara.

 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “KAUNSELING RUMAH TANGGA PEJABAT AGAMA MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR(Pengalaman Temujanji)”

Leave a Comment