BINTANG RTM 2024(Senarai Peserta Juri Tarikh Konsert Tiket)

BINTANG RTM 2024(Senarai Peserta Juri Tarikh Konsert Tiket)

BINTANG RTM

Seperti kebiasaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menganjurkan pertandingan Bintang RTM. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai calon dan katagori dipertandingan bagi tahun 2023, semoga membantu.

 

APA ITU BINTANG RTM

Bintang RTM merupakan sebuah program oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dibuat khas bagi mencungkil bakat-bakat peserta di dalam bidang nyanyian. Sejarah pertandingan ini bermula pada awal 1959 dan dikenali sebagai “Bintang Radio”, sebuah program anjuran Radio Malaya. Tetapi, pertandingan Bintang Radio hanya mengetengahkan lagu-lagu yang berentak langgam, asli, keroncong dan seriosa.

Pada tahun 1964, Bintang Radio telah memulakan siaran pertamanya di televisyen serta TV Malaya pula muncul untuk mencari bakat-bakat baru untuk pertandingan “Bakat TV”. Bermula dari itu, pada setiap tahun, Bintang Radio dan Bakat TV menerima sambutan yang amat memberangsangkan daripada peminat seni tanah air. Malaysian Book of Records juga pernah menamakan program ini sebagai pertandingan nyanyian paling lama bertahan dalam industri muzik Malaysia.

 

KONSEP BINTANG RTM

Berikut merupakan konsep baru yang diperkenalkan oleh pihak RTM.

  • Melibatkan peserta amatur secara solo dari tempatan yang berumur 17-25 tahun.
  • Bahasa perantaraan ialah Bahasa Malaysia.
  • Lagu ciptaan tempatan dalam bahasa Malaysia atau lagu dalam apa-apa jenis bahasa.
  • Genre lagu yang dibenarkan ialah Pop Komersial, Balada, Rock, R&B, Jazz, Dangdut dan Etnik/World Music dalam apa-apa bahasa.
  • Genre lagu yang tidak dibenarkan ialah “Trash”, “Heavy Metal”, “Black Metal”, “Punk” dan “Underground” dan lagu-lagu lain yang tidak diluluskan untuk siaran oleh panel penilaian lagu Rakam Khanah RTM.


SKIM PERMARKAHAN BINTANG RTM

Berikut merupakan skim pemarkahan yang baru diperkenalkan oleh pihak RTM.

  • Vokal (mewakili 80%)
  • Persembahan dan penampilan (mewakili 20%)
  • Markah keseluruhan (100%)

 

PENGACARA BINTANG RTM

Pertandingan ini akan dikendalikan oleh dua orang pengacara yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita.

 

SYARAT KELAYAKAN BINTANG RTM

Berikut merupakan syarat yang baru diperkenalkan oleh pihak RTM.

  • Mengisi borang penyertaan uji bakat secara lengkap.
  • Terdiri daripada warganegara Malaysia.
  • Had umur adalah 17 tahun hingga 25 tahun sahaja.
  • Taraf perkhawinan ialah bujang (belum pernah berkahwin).
  • Peserta yang amatur sahaja.
  • Belum pernah merakam album atau menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman.
  • Menyertakan dengan lengkap satu salinan kad pengenalan.
  • Menyertakan sekeping gambar berwarna bersaiz poskad.
  • Menyanyikan lagu-lagu ciptaan tempatan atau antarabangsa sama ada lagu berirama Pop Kemersial, Balada, Rock, R&B, Jazz, Dangdut dan Pop Etnik.
  • Genre lagu yang tidak dibenarkan ialah irama ‘Trash’, ‘Punk’, ‘Heavy Metal’, ‘Black Metal’, ‘Underground’ dan lagu-lagu yang tidak diluluskan oleh pihak Rakam Khanah RTM

 

LOKASI & JADUAL UJIBAKAT BINTANG RTM

Berikut adalah merupakan senarai jadual dan lokasi ujibakat iaitu:

  • Utara (Pulau Pinang) – Royale Chulan Hotel Penang: 5 – 6 Ogos 2023
  • Selatan (Johor Bahru) – Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor: 18 – 20 Ogos 2023
  • Timur (Kuantan) – RTM Kuantan, Pahang: 26 – 27 Ogos 2023
  • Sabah (Kota Kinabalu) – RTM Kota Kinabalu, Sabah: 2 – 3 September 2023
  • Sarawak (Kuching) – Vivacity Megamall Kuching, Sarawak: 9 – 10 September 2023
  • Tengah (Kuala Lumpur): RTM Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur – 23 – 24 September 2023

 

TARIKH PERTANDINGAN BINTANG RTM

Pertandingan yang bermula pada Januari 2024 ini telah membuka ujibakat secara dalam talian pada 10 Julai hingga 10 September 2023.

 

SIARAN LANGSUNG BINTANG RTM

Siaran langsung ini akan bermula pada Januari 2024. Penonton boleh menyaksikan secara live di RTM TV2, dan juga melalui live stream di aplikasi https://rtmklik.rtm.gov.my pada setiap hari Sabtu jam pukul 8.30 malam

 

CARA PENILAIAN BINTANG RTM

Pembahagian markah kepada peserta adalah melibatkan juri profesional atau bebas untuk menilai kemantapan vokal, persembahan serta penampilan peserta. Berikut merupakan penilaian yang baru diperkenalkan oleh pihak RTM.

  • Panel penilai juri atau bebas lantikan RTM (100%).
  • Teknologi SMS (Untuk menarik perhatian daripada penonton)

Penggunaan SMS dapat membantu untuk menarik perhatian para penonton kerana mereka terlibat secara langsung dengan pertandingan atau rancangan yang sedang dipertandingkan. Pada peringkat pertandingan akhir, kategori Bintang Paling Popular, pengundian secara teknologi SMS akan digunakan sepunuhnya.

 

SENARAI PESERTA BINTANG RTM 2023

Akan dikemaskini kemudian setelah senarai penuh peserta diumumkan.

 

KEPUTUSAN PEMENANG BINTANG RTM 2023

Akan dikemaskini selepas pertandingkan selesai


ARTIKEL LAIN:

1 thought on “BINTANG RTM 2024(Senarai Peserta Juri Tarikh Konsert Tiket)”

Leave a Comment