TEKS SELAWAT NABI JAKIM 2023(Jawi Rumi Maksudnya Word PDF)
Sambutan Maulidur Rasul atau Maulidun Nabi atau sebutan biasa dengan Maulid Nabi merujuk kepada sambutan yang dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia pada tarikh 12 Rabi’ul Awal setiap tahun untuk memperingati, mensyukuri dan mengenang kembali sirah dan pengorbanan Nabi kepada umat daripada kelahiran sehingga kewafatan Baginda, di samping berusaha meneladani akhlak dan pengorbanan Baginda melalui tausiah (ceramah atau tazkirah tentang Baginda) yang disampaikan di dalam majlis Maulidur Rasul ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda teks selawat Nabi, semoga membantu
MAKSUD MAULIDUR RASUL
Maulidur Rasul berasal daripada perkataan “maulid” dan “ar-rasul”. Perkataan maulid berasal daripada وَلِدَ ― يَلِدُ ― وَلَادَةً ― مَوْلِدًا yang bererti “tempat atau waktu diberanakkan”. Maulid merujuk kepada “hari dilahirkan” manakala ar-Rasul merujuk kepada Rasulullah.
Justeru, Maulidur Rasul merujuk kepada hari diputerakan Rasulullah iaitu tarikh 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah. la kadang-kadang disebut dengan Maulidun Nabi ( مَوْلِدُ النَّبِيِّ ). An-Nabi merujuk kepada Nabi Muhammad ﷺ.
TARIKH MAULIDUR RASUL
TARI Hari ini jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, pada hari Isnin bersamaan 20 April 571. Pada hari ini setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan sambutan memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW.
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul ) cuti bagi tahun 2023 jatuh pada 28 September 2023 (Khamis). Hari ini merupakan hari Kelepasan Am Persekutuan (cuti bagi semua negeri di Malaysia).
HUKUM MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
Menurut pandangan sebahagian ulamak seperti Imam al-Suyuti, beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.
TEKS SELAWAT NABI (Maulidul Rasul)
Berikut adalah merupakan teks selawat:
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد (Selawat Allah ke atas Muhammad) |
TEKS SELAWAT NABI RUMI (Maulidul Rasul)
Berikut adalah merupakan teks selawat dalam bentuk rumi iaitu:
Yaa Nabi Salaam ‘alaika Ashraqa’l Badru ‘alaina Anta Shamsun Anta Badrun Yaa Habibee Yaa Muhammad Man-Ra’aa Wajhaaka Yas’ad ‘aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa Wa Solaatullah ‘ala Ahmad Allahumma Solli Wasallim Wa Baarik Alaih |
MUAT TURUN TEKS SELAWAT NABI Maulidul Rasul)
Anda boleh memuat turun teks selawat ini pada pautan di bawah:
ARTIKEL LAIN: