MAKSUD JAMINAN POLIS MAHKAMAH(Harga Syarat Bon Cara Dapat Balik Duit)

MAKSUD JAMINAN POLIS MAHKAMAH(Harga Syarat Bon Cara Dapat Balik Duit)

JAMINAN POLIS MAHKAMAH

Semestinya anda seringkali mendengar tertuduh dibebeskan secara jaminan. Apakah maksud jaminan tersebut? Disini kami akan kongsikan kepada anda maksud jaminan polis dan mahkamah, semoga membantu.

 

APA MAKSUD JAMINAN

Pembebasan sementara orang tertuduh apabila mendepositkan sekuriti yang mencukupi kepada mahkamah dan aku janji oleh penjamin untuk memastikan kehadiran orang tertuduh sepanjang perbicaraan.

 

JENIS KESALAHAN YANG BOLEH DIJAMIN

Dalam jaminan Mahkamah, ada 3 jenis kesalahan iaitu:

  1. Kesalahan yang boleh dijamin.
    • Biasanya kesalahan-kesalahan ni hukumannya ringan. Jadi, Mahkamah pasti akan bagi dia jamin.
  2. Kesalahan yang tak boleh dijamin, tapi perlu dapat perintah mahkamah
    • Biasanya hukuman kesalahn ni berat. Jadi, peguam kena mohon daripada Mahkamah untok dapatkan jaminan.
  3. Kesalahan yang tak boleh dijamin
    • Biasanya hukuman bagi kesalahan ini adalah hukum gantung, atau penjara sepanjang hayat atau berbahaya kalau dia diberi keluar.

 

KELAYAKAN MENJADI PENJAMIN

Berikut adalah merupakan kelayakan seorang penjamin iaitu:

  • Seorang dewasa (berumur 18 tahun ke atas).
  • Warganegara Malaysia (bagi bukan warganegara, orang itu hendaklah tertakluk kepada syarat yang akan dikenakan oleh mahkamah);
  • Bagi orang asing yang dituduh, penjamin hendaklah seorang Warganegara Malaysia;
  • Memahami semua syarat yang dikenakan oleh mahkamah;
  • Dapat mengemukakan jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah.

 

MAKSUD JAMINAN POLIS DAN MAHKAMAH

Berikut adalah merupakan maksdu bagi kedua-kedua istilah ini iaitu:

Jaminan Polis
  • Jaminan polis ini bermakna jaminan yang diberikan oleh pihak polis bagi memastikan kehadiran orang yang disiasat hadir memberikan kerjasama dan hadir pada tarikh pertuduhan di mahkamah.
  • Proses ini memang biasa kerana siasatan masih belum selesai dan tidak dibawa lagi ke prosiding mahkamah. Pada masa yang sama polis mempunyai bidang kuasa untuk tidak menahan reman atau tiada perintah lanjutan reman.
  • Sementara menunggu tarikh suspek ke mahkamah pihak polis mempunyai hak untuk melepaskan suspek semestara.
  • Oleh itu pihak polis membebaskan orang yang disiasat secara jamin polis.
  • Kebiasaannya jaminan polis ini diberikan kerana kebarangkalian orang yang disiasat memberikan kerjasama sangat tinggi.
Jaminan Mahkamah
  • Dibayar di Mahkamah oleh penjamin.
  • Sebagai cagaran untuk bebaskan OKT dari ditahan di penjara sementara menunggu kes selesai.
  • Bayaran dibuat sekali sahaja di kaunter Mahkamah atau melalui kaedah sijil simpanan tetap (fixed deposit) di bank.
  • Wang jaminan akan dikembalikan selepas kes selesai kepada pemiliknya (selalunya penama penjamin pertama).
  • Tanggungjawab penjamin adalah memastikan OKT hadir ke Mahkamah pada setiap tarikh sebutan/perbicaraan.
  • Kegagalan menunaikan tanggungjawab tersebut penjamin boleh diarahkan untuk memberikan tunjuk sebab kepada Mahkamah mengapa wang jaminan tidak dilucutkan/dirampas.
  • Jika Mahkamah tidak berpuas hati dengan penjelasan penjamin, Mahkamah boleh merampas/melucutkan wang jaminan keseluruhan atau sebahagian. Jikalau rampas keseluruhan, wang jaminan tidak akan dikembalikan. Jikalau rampas sebahagian, baki yang tidak dirampas akan dikembalikan kepada penjamin.
  • Jaminan boleh dibuat pada bila-bila masa selepas diperintahkan oleh Mahkamah. Contoh, pada 1.1.2019, Mahkamah perintahkan OKT dijamin RM10,000 dengan 1 orang penjamin. Pada hari itu penjamin OKT tidak mempunyai wang yang cukup. Kes ditetapkan untuk sebutan pada 2.2.2019. Sepanjang tempoh 1.1.2019 hingga kes selesai, penjamin boleh memberikan jaminan kepada OKT dengan memaklumkan kepada Mahkamah pada bila-bila masa dengan syarat semua syarat yang ditetapkan Mahkamah telah dipenuhi.
  • Tuntutan bayaran balik wang jaminan hanya boleh dibuat oleh penjamin sahaja dan apabila kes disahkan telah selesai oleh Mahkamah sahaja.

 

KADAR JAMINAN POLIS DAN MAHKAMAH

Berikut adalah merupakan kadat jaminan itu:

Jaminan Polis

  • Jaminan polis tidak pernah membabitkan sebarang bentuk bayaran wang ringgit melainkan kes berkenaan dituduh di mahkamah.

Jaminan Mahkamah

  • Nilai jaminan mahkamah bergantung kepada budi bicara mahkamah bergantung kepada jenis kesalahan, kerugian mangsa yang terlibat dan lain-lain.

 

PROSES JAMINAN POLIS DAN MAHKAMAH

  • Jaminan akan diproses di pejabat pendaftaran mahkamah yang berkaitan;
  • Penjamin mesti mengeluarkan yang berikut:
  • Kad pengenalan penjamin; dan
  • Akaun simpanan/ deposit tetap untuk digunakan sebagai jaminan
  • Pejabat Pendaftar/ Majistret akan menerangkan syarat jaminan kepada penjamin dan tertuduh.
  • Penjamin akan diberi surat rujukan yang mesti disimpan untuk sebarang perkara berkaitan bon jaminan.

 

CARA TUNTUTAN JAMINAN POLIS DAN MAHKAMAH

Tuntutan bayaran balik wang jaminan hanya boleh dibuat SELEPAS kes melibatkan OKT itu selesai dan Mahkamah telah membuat perintah bahawa wang jaminan itu dikembalikan kepada penjamin. Maksud kes selesai di sini ialah Mahkamah telah memberikan perintah samada OKT itu disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman; atau Mahkamah memberikan perintah pembebasan tanpa melepaskan OKT (discharge not amounting to acquittal – DNAA); atau Mahkamah memberikan pembebasan dan pelepasan ke atas OKT (discharge and acquittal).

 

KESAN JIKAN OKT TIDAK HADIR KE MAHKAMAH

Sekiranya OKT yang dijamin gagal hadir ke Mahkamah pada tarikh sebutan/perbicaraan tanpa notis atau kebenaran Mahkamah, biasanya Mahkamah akan keluarkan waran tangkap bagi mengarahkan OKT ditangkap dan dibawa ke Mahkamah. Notis tunjuk sebab kepada penjamin juga akan dikeluarkan bagi mengarahkan penjamin hadir ke Mahkamah bagi memberikan sebab mengapa OKT tidak hadir ke Mahkamah dan memberikan sebab mengapa wang jaminan tidak patut dirampas oleh Mahkamah. Sekiranya Mahkamah berpuas hati dengan penjelasan penjamin, Mahkamah akan tangguhkan kes sehingga OKT hadir ke Mahkamah. Sekiranya Mahkamah tidak berpuas hati, maka Mahkamah boleh perintahkan samada jumlah penuh wang jaminan itu dirampas (tidak akan dikembalikan kepada penjamin) atau sebahagian dari wang jaminan itu dirampas dan sebahagian lagi dikembalikan kepada penjamin.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment