CONTOH AKTIVITI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI SEKOLAH MASJID PEJABAT(Aktiviti Mewarna)

CONTOH AKTIVITI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI SEKOLAH MASJID PEJABAT(Aktiviti Mewarna)

AKTIVITI MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul atau Maulidun Nabi atau sebutan biasa dengan Maulid Nabi merujuk kepada sambutan yang dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia pada tarikh 12 Rabi’ul Awal setiap tahun untuk memperingati, mensyukuri dan mengenang kembali sirah dan pengorbanan Nabi kepada umat daripada kelahiran sehingga kewafatan Baginda, di samping berusaha meneladani akhlak dan pengorbanan Baginda melalui tausiah (ceramah atau tazkirah tentang Baginda) yang disampaikan di dalam majlis Maulidur Rasul ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda contoh aktiviti bagi sambutan maulidur rasul ini, semoga membantu

MAKSUD MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul berasal daripada perkataan “maulid” dan “ar-rasul”. Perkataan maulid berasal daripada وَلِدَ  ― يَلِدُ ―  وَلَادَةً  ―  مَوْلِدًا  yang bererti “tempat atau waktu diberanakkan”. Maulid merujuk kepada “hari dilahirkan” manakala ar-Rasul merujuk kepada Rasulullah.

Justeru, Maulidur Rasul merujuk kepada hari diputerakan Rasulullah iaitu tarikh 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah. la kadang-kadang disebut dengan Maulidun Nabi ( مَوْلِدُ النَّبِيِّ ). An-Nabi merujuk kepada Nabi Muhammad ﷺ.

 

TARIKH MAULIDUR RASUL

TARI Hari ini jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, pada hari Isnin bersamaan 20 April 571. Pada hari ini setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan sambutan memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul ) cuti bagi tahun 2023 jatuh pada 28 September 2023 (Khamis). Hari ini merupakan hari Kelepasan Am Persekutuan (cuti bagi semua negeri di Malaysia).

 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW, menurut pandangan sebahagian ulamak seperti Imam al-Suyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Berselawat adalah antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul. Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia.

 

TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN

Tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1445H adalah : “Perpaduan Teras Malaysia Madani”

 

CONTOH AKTIVITI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Berikut adalah merupakan antara contoh aktiviti sambutan maulidur rasul yang boleh dilakukan iaitu:

  • Perarakan sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  • Aktiviti atau majlis forum perdana, kuliah atau ceramah khusus bertemakan Maulidur Rasul
  • Pertandingan kuiz bagi menguji pengetahuan para pelajar berkenaan sirah Nabi Muhammad SAW.
  • Pertandingan bacaan Al-Quran dan Hafazan sempena sambutan Maulidur Rasul.
  • Pertandingan Mewarna Dan Bercerita terutama bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

 

CONTOH POSTER MEWARNA MAULIDUR RASUL

Berikut adalah merupakan pautan yang anda boleh  dapatkan poster mewarna bagi maulidul rasul iaitu:

Rujukan:  Intensif Mumtaz

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment