MBSA SAMAN PARKING DISCOUNT(Semak Bayaran Online Aduan Customer Service)
Kepada anda yang mempunyai saman kompaun parking Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), anda kini boleh membuat pembayaran secara online menerusi MyMBSA. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat pembayaran dan juga kadar diskaun pembayaran awal diberikan, semoga membantu.
APA ITU MyMBSA
MyMBSA adalah portal perkhidmatan dalam talian untuk pelanggan parking Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ini adalah kemudahan bagi pelanggan MBSA untuk melakukan transaksi secara dalam talian.
PERKHIDMATAN MyMBSA
Portal MyMBSA menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk
- Pembayaran cukai
- Pembayaran lessen
- Pembayaran sewa
- Pembayaran saman/kompaun
- Aduan
CARA BAYAR SAMAN PARKING MBSA
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pembayaran kompaun parking Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menggunakan portal ini iaitu:
- Layari pautan MyMBSA
- Pada paparan uitama klik pada myBayar\
- Masukkan Maklumat Pembayar
- Nama
- Nombor Kad Pengenalan
- Alamat Emel
- Nombor Telefon
- Masukkan Maklumat Bayaran
- Jenis Perkhidmatan
- Nombor Akaun
- Setelah lengkap tekan butang Tambah Bayaran
- Masukkan Maklumat Carian Bayaran
- Jenis Perkhidmatan
- Nombor Akaun
- Tekan butang Tambah Bayaran. Paparan saman anda akan tertera. Klik butang Bayar dan Klik butang OK
- Pilih Kaedah Pembayaran anda ingbinkan dan Klik butang Bayar
- Status pembayaran berjaya di paparkan. Tekan butang Papar Resit untuk muat turun resit pembayaran tersebut
DISKAUN SAMAN MBSA
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan kompaun tempat letak kereta RM10 kepada orang ramai yang membuat pembayaran dalam masa 24 jam dari tempoh saman dikeluarkan. Tawaran ini tidak terpakai untuk kompaun tempat letak kenderaan dua jam.
NO HOTLINE MBSA
Masyarakat setempat boleh menghubungi Talian Hotline MBSA untuk menyalurkan maklum balas mereka mengenai perkhidmatan atau perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan lain di talian:
- 1800-88-4477
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bayar saman Parking MBSA, anda boleh melayari portal rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
ARTIKEL LAIN: