CARA TUKAR PIN KESELAMATAN MAE MAYBANK(Terlupa Kena Change PIN Number)

CARA TUKAR PIN KESELAMATAN MAE MAYBANK(Terlupa Kena Change PIN Number)

TUKAR PIN MAE MAYBANK

Kepada pelanggan Maybank, sudah semestinya anda akan menggunakan aplikasi MAE Maybank bagi membolehkan anda membuat semakan transaksi duit keluar masuk serta membuat pembayaran. Tetapi bagaimana jika anda terlupa nombor PIN MAE anda? Diisni  kami akan kongsikan kepada and acara tukar PIN keselamtan MAE Maybank anda, semoga membantu..

 

APA ITU MAE MAYBANK

“Maybank, Anytime, Everyone” (MAE) adalah e-Wallet, yang membolehkan pelanggan membuka akaun Maybank eWallet dengan serta-merta di bawah Kerangka Pemindahan Kredit Interoperable (ICTF) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2018.

 

CIRI-CIRI APLIKASI MAE MAYBANK

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri aplikasi ini:

  • Aplikasi MAE Maybank merupakan dompet digital tanpa tunai yang diperkenalkan melalui aplikasi MBB Bank online.
  • Pengguna aplikasi ini boleh digunakan oleh semua pengguna sama ada mereka mempunyai akaun mbb online banking ataupun tidak.
  • Pengguna boleh membuat transaksi secara atas talian dengan lebih daripada 200000 pedagang melalui QR Pay MAE. Hal Ini dapat memudahkan semua urusan pengguna tanpa perlu membawa dompet.
  • Pengguna juga boleh menggunakan transaksi atas talian seperti pembelian tiket secara atas talian, pembayaran bil utility, membina tabung asing dalam aplikasi ini, mempunyai banyak promosi apabila menggunakannya dan banyak lagi.

 

CARA TUKAR PIN KESELAMATAN MAE MAYBANK

Sekiranya anda terlupa PIN keselamatan anda, ikuti langkah-langkah dibawah untuk resetkan kembali iaitu:

  1. Buka aplikasi MAE di telefon anda
  2. Pada bahagian utama, klik pada More yang terletak pada penjuru kanan bawah.
  3. Kemudian klik pada Setting
  4. Seterusnya klik pada Security dan lengkapkan segala maklumat yang diperlukan bagi proses verifikasi tersebut sehingga selesai.
  5. Kemudian, paparan akan menunjukkan pilihan untuk menukar PIN keselamatan, klik pada Change PIN
  6. Pada paparan seterusnya, klik pada Forget PIN. Seterusnya isikan saja nombor PIN baru anda pada ruangan disediakan, dan klik Right.
  7. Kemudian anda perlu masukkan sekali lagi nombor PIN baharu tersebut sebagai pengesahan dan klik right
  8. Paparan status penukaran PIN keselamatan Berjaya akan tertera Anda telah Berjaya menukar PIN keselamtan MAE anda, selesai,

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara tukar PIN Keselamtanan MAE, sila layari portal rasmi Maybank

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment