PERMOHONAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN RPP (Semak Harga & Lokasi)
Kepada penjawat awam yang ingin membuat tempahan rumah peranginan perseketuan, semestinya ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat tempahan dan lokasi yang tersedia beserta kadar harga Rumah Peranginan Persekutuan (RPP), semoga membantu.
APA ITU RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN (RPP)
Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Transit (RT) merupakan salah satu kemudahan yang diberikan kepada penjawat awam sebagai tanda terima kasih dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan atas usaha dan kerja keras dalam membangunkan negara.
JENIS RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN
Rumah Peranginan Persekutuan ini terbahagi kepada 3:
- RPP Eksekutif (RPPE)
- RPP Premier (RPPP)
- Rumah Tamu (RT)
TARIKH TEMPAHAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN
Tarikh tempahan dibuka adalah tiga (3) kali setahun iaitu:
- Buka bermula 1 Mac (Tarikh penginapan 3/5 – 2/9)
- Buka bermula 1 Julai (Tarikh penginapan 3/9 – 2/1)
- Buka bermula 1 November (Tarikh penginapan 3/1 – 2/5)
TAWARAN TEMPAHAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN
Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri mempelawa semua kakitangan Kerajaan Persekutuan dan para pesara Kerajaan untuk membuat tempahan menginap di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu (RT) bagi tempoh 5 Oktober 2023 hingga 2 Januari 2024.
Tempahan akan dibuka mulai 25 September 2023 (Isnin), jam 12 tengah hari melalui laman sesawang RPP.
Kepada anda yang ingin membuat permohonan tempahan, berikut adalah merupakan caranya:
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui laman web BPH: https://sbbph.bph.gov.my/
- Pemohon dikehendaki mendaftar di laman web BPH bagi mendapatkan kata laluan / akses menggunakan sistem permohonan atas talian dan seterusnya membuat permohonan secara atas talian;
- Pemohon dikehendaki sentiasa mengemaskini maklumat dalam Sistem HRMIS bagi memastikan maklumat terkini yang akan digunakan oleh sistem tempahan;
- Permohonan kemudahan perkhidmatan bot diantara Pengkalan Gawi ke RPP Tasik Kenyir (pergi dan balik) hendaklah dibuat semasa membuat permohonan menginap secara online;
- Permohonan kemudahan-kemudahan lain hendaklah dilakukan di RPP / RT berkenaan kecuali permohonan berkelompok yang perlu melakukan tempahan kemudahan semasa permohonan;
LOKASI DAN HARGA RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN
Berikut adalah merupakan lokasi yang tersedia pada masa kini dan mengikut katagori RPP:
RPP PREMIER / EKSEKUTIF | ||
RPP | JENIS | KADAR SEWA |
RPP Eksekutif Port Dickson (Blok B/C) | Apartment 2 Bilik | RM100.00 |
Apartment 3 Bilik | RM120.00 | |
Apartment 5 Bilik | RM150.00 | |
RPP Eksekutif Pulau Pangkor | Rumah Berkembar (2 Bilik) | RM150.00 |
Chalet Bertingkat (2 Bilik) | RM100.00 | |
RPP Eksekutif Bukit Fraser | Banglo 6 Bilik | RM250.00 |
1 Bilik Besar | RM60.00 | |
1 Bilik Kecil | RM50.00 | |
RPP Eksekutif Cameron Highlands | Apartment 2 Bilik | RM100.00 |
Bilik Biasa | RM50.00 | |
RPP Eksekutif Morib | Banglo 3 Bilik | RM100.00 |
Rumah Berkembar 2 Bilik | RM80.00 | |
RPP Eksekutif Pulau Pinang | Suite Deluxe | RM100.00 |
RPP Eksekutif Tasik Kenyir | Banglo 3 Bilik | RM100.00 |
Banglo 2 Bilik | RM80.00 | |
RPP Premier Singapura | Banglo 3 Bilik | RM250.00 |
RPP Premier Cameron Highlands | Apartment 5 Bilik | RM200.00 |
RPP Premier Tanjung Tuan | Apartment 3 Bilik | RM150.00 |
RPP Premier London | – | RM250.00 –RM800.00 |
RUMAH TRANSIT | ||
KKKA KIK Tanjung Kupang Johor | Apartment 3 Bilik | RM70.00 |
Apartment 4 Bilik | RM150.00 | |
Rumah Transit Jalan Ang Seng | Apartment 3 Bilik | RM70.00 |
Rumah Transit Putrajaya | Apartment 3 Bilik | RM70.00 |
Bilik Utama (Lelaki) | RM30.00 | |
Bilik Utama (Wanita) | RM30.00 | |
Bilik Biasa (Lelaki) | RM20.00 | |
Bilik Biasa (Wanita) | RM20.00 |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Rumah Peranginan Persekutuan, anda boleh melayari portal rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah
ARTIKEL LAIN
CARA BOOKING TEMPAH HOTEL MURAH 2022 (Guna Trivago Agoda & Booking.com)
1 thought on “PERMOHONAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN RPP (Semak Harga & Lokasi)”