SENARAI ISTILAH YANG SERING DIGUNAKAN DI MAHKAMAH(Maksud Penjelasan Mudah Faham)

SENARAI ISTILAH YANG SERING DIGUNAKAN DI MAHKAMAH(Maksud Penjelasan Mudah Faham)

MAKSUD ISTILAH MAHKAMAH

Untuk pengetahuan anda, pernahkah anda mendengar istilah yang digunakan di Mahkamah? Jika ye, semestinya anda ingin ketahui maksudnya bagi setiap istilah. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai istilah yang sering digunakan di mahkamah beserta maksud, semoga membantu.

 

APA ITU MAHKAMAH

Mahkamah ialah tempat awam dan rasmi di mana seseorang mendapat penyelesaian yang adil dalam suatu perselisihan baik dalam hal sivil, buruh, administratif, dan kriminal berdasarkan undang-undang yang sedia ada (lalu turut diberi nama pengadilan dalam konteks pentakrifan yang abstrak).

 

SENARAI ISTILAH DIGUNAKAN DI MAHKAMAH BERSERTA MAKSUD

Berikut adalah merupakan antara istilah yang sering digunakan di mahkamah berserta maksud mengikut susunan Abjad iaitu:

ISTILAH DIGUNAKANMAKSUD
AfidavitSatu kenyataan bertulis atas nama seorang yang bersumpah dan menandatangani kenyataan tersebut, C,orang itu mesti berupaya membuktikan kenyataan-kenyataannya di mahkamah.
AlibiOrang yang dituduh berada di tempat lain semasa kejadian berlaku.
AppointeeOrang yang dilantik akan diberi faedah apabila kuasa pelantikan dikuatkuasakan.
AssumpsitTindakan Common Law diambil atas seseorang yang melanggar janji/menipu.
Autre conuictAlasan menghalang pandakwaan jenayah apabila banduan itu mendakwa bahawa dia telah dibicarakan dan disabitkan untuk kesalahan yang sama masa itu.
BailJaminan iaitu tertuduh diikat jamin dan dikehendaki hadir ke mahkamah pada waktu yang ditetapkan, sekiranya tertuduh gagal hadir, maka wang cagaran penjamin dirampas.
BailiffOrang yang dilantik oleh mahkamah untuk menyampaikan writ/ saman kepada seseorang.
BigamiOrang bukan Islam yang berkahwin semasa perkahwinan yang pertama masih sah.
By-law/bye-lawUndang-undang kecil dibuat oleh pihak berkuasa untuk penyelarasan.
CertiorariMemohon di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah.
CondictioKes yang melibatkan tindakan peribadi seseorang ke atas orang lain (kes civil).
Contempt of courtMenghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan mahkamah.
Common LawSebahagian undang-undang England yang dirangka dan ditadbir oleh mahkamah lama Common Law berasaskan amalan masyarakat Negara itu dan dalam bentuk lisan.
Consensus ad idemPersetujuan atas perkara yang sama dalam membentukkan kontrak.
CoronerSeorang yang ditugaskan menyiasat keadaan kematian seseorang yang mati dibunuh atau mati dalam keadaan mencurigakan.
Culpa lataKesalahan yang berlaku kerana kecuaian yang ketara sehingga dianggap sengaja.
Cy-presDoktrin memboleh mahkamah mengarah pelaksanaan niat seseorang pewasiat menerusi cara yang hampir dihajati apabila didapati pewasiat telah membuat sesuatu niat yang umum.
DeedSurat perjanjian bertujuan membuktikan persetujuan dibuat oleh pihak-pihak terbabit.
DefamationKesalahan yg melibatkan terbitan dan cetakan sesuatu maklumat palsu terhadap seseorang (fitnah).
De factoDari segi persoalan fakta
DefendanTertuduh dalam kes perbicaraan.
EkstrinsikKeterangan lain yang diberi berkaitan dengan sesuatu dokumen bertulis.
Ex parteSatu permohonan oleh plaintif (orang yang menuntut) kepada mahkamah bagi mendengar kes tetapi tanpa kehadiran pihak defendan
Functus officioMahkamah telah menjatuhkan hukuman, oleh itu tidak boleh tukar hukuman dan membuka kesitu semula di mahkamah yang sama.
Habeas corpusArahan mahkamah supaya seseorang tahanan dilepaskan supaya orang itu datang sendiri untuk mendengar dan membela dirinya dalam sesuatu kes di mahkamah.
InjunksiPerintah mahkamah terhadap seseorang supaya melakukan atau berhenti melakukan sesuatu sama ada untuk jangka masa sementara atau tetap.
LeviPengutipan dan pengumpulan wang secara paksa menerusi cukai.
MandamusPerintah Mahkamah Tinggi menyuruh seseorang atau agensi menjalankan togas untuk orang swam.
MandatoriSatu hukuman yang sepatutnya dilaksanakan dan tidak boleh diringankan.
MitigasiPermohonan untuk mengurangkan hukuman yang telah dijatuhkan.
MortageGadai janji
Kesalahan pejuriMembuat sumpah (angkat sumpah) yang palsu.
PenaltyDendaan / pembayaran wang dibuat kerana mungkir janji atau sesuatu yang bertentangan dengan syarat dalam kontrak.
PetitionRayuan bertulis kepada kerajaan atau mahkamah.
PlaintifSeseorang yang mengambil tindakan undang-undang terhadap tertuduh.
Prima facieKes yang dapat diteruskan dalam mahkamah kerana mempunyai bukti-bukti yang kuat.
Power of attorneySaluran rasmi yang membolehkan seseorang mendapat hak untuk mewakili dan bertindak untuk seseorang.
PercedentKeputusan mahkamah mengikut fakta dalam kes-kes yang sama dan lama yang sudah pernah dibuat oleh mahkamah-mahkamah sebelunuiya (duluan).
QuarantinePengasingan seseorang di tempat khas akibat wabak penyakit berjangkit.
SamanDokumen dengan nama tertuduh dikehendaki menghadirkan diri di Mahkamah pada masa yang ditetapkan.
Sapina (subpoena)Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah atau sesuatu tempat pads satu masa kerana sesuatu perkara yang ada kaftan dengan perbicaraan.
SheriffMelaksanakan arahan-arahan hakim dalam perbicaraan.
Sine dieMenghentikan dan menangguhkan kes tanpa menetapkan tarikh untuk menyambung semula sesuatu kes sebab tiada fakta yang boleti menyabitkannya.
Status quoKembali kepada keadaan atau kedudukan asal.
Stay of executionDitanggulikan atau digantung sesuatu hukuman mahkamah.
Ultra viresSatu tindakan yang melampaui batas atau di luar kuasa undang-undang.
VoidTerbatal kerana sah
WaranPerintah diberi kepada pihak berkuasa untuk menahan seseorang/ menghadapkannya ke mahkamah.
WritSatu dokumen/surat perintah yang dikeluarkan atas nama Yang di-Pertuan Agong Dokumen dikeluarkan atas nama YDA disertakan dengan cop mohor kerajaan / mahkamah memerintah seseorang melakukan sesuatu / menghalangnya daripada melakukan sesuatu. Contohnya, writ dikeluarkan memerintahkan defendan hadir dari kes sivil

 

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “SENARAI ISTILAH YANG SERING DIGUNAKAN DI MAHKAMAH(Maksud Penjelasan Mudah Faham)”

Leave a Comment