CARA BAYAR ZAKAT FITRAH PENDAPATAN GUNA APLIKASI MAE MAYBANK

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH PENDAPATAN GUNA APLIKASI MAE MAYBANK

BAYAR ZAKAT MAE

Kepada pelanggan Maybank, sudah semestinya anda akan menggunakan aplikasi MAE Maybank bagi membolehkan anda membuat pembayaran secara online antaranya membayar zakat fitrah. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar zakat fitrah secara online menggunakan aplikasi MAE, semoga membantu.

 

APA ITU ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

 

KADAR ZAKAT FITRAH 2023

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras atau senilai dengannya (ijtihad). Bagi tahun berakhir 2007 Masihi/1428 Hijrah dan 2008 Masihi/1429 Hijrah di seluruh negeri Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah semasa telah ditentukan sebanyak RM5.20 bersamaan 2.70kg beras mentah. Berikut adalah merupakan kadar zakat mengikut negeri iaitu:

Negeri2023
 PerlisRM7.00
 KedahRM6.50/ RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
 Pulau PinangRM7.00/ RM13.00/ RM20.00
 KelantanRM7.00/ RM14.00/ RM21.00
 TerengganuRM8.00/ RM10.00/ RM24.00
 Perak Darul RidzuanRM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  SelangorRM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  Pahang Darul MakmurRM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  Negeri SembilanRM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  MelakaRM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  JohorRM7.00/ RM13.00
  SabahRM7.00
  SarawakRM7.00
  Kuala LumpurRM7.00/ RM14.00/ RM21.00

 

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH GUNA MAE

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran zakat anda menggunakan aplikasi MAE, berikut adalah cara nya iaitu:

  1. Buka aplikasi MAE di telefon anda
  2. Pada laman utama Quick Actions, klik pada Pay Bills.
  3. Log masuk mengunakan kata laluan Maybank2U anda
  4. Seterusnya klik pada Zakat
  5. Pilih Badan Zakat dan Jenis Zakat
  6. Pilih jenis beras anda dan jumlah tanggungan termasuk diri sendiri.
  7. Masukkan nombor telefon bimbit
  8. Semak butiran anda, kemudian lafaz niat yang tertera dan tekan ‘Bayar Sekarang’
  9. Kemudian, tekan Approve pada Seceru2U.
  10. Selesai, paparan status bayaran zakat fitrah ini berjaya tertera.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara bayar zakat fitrah guna apliaksi MAE, sila layari portal rasmi Maybank

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment