CARA BAYAR MBK CUKAI TAKSIRAN(Semak Penyata Tunggakan)

CARA BAYAR MBK CUKAI TAKSIRAN(Semak Penyata Tunggakan)

MBK CUKAI TAKSIRAN

Untuk makluman kepada warga penduduk negeri Pahang terutamanya di kawasan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), anda kini boleh membayar dan membuat semakan dan membayar cukai taksiran secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar cukai taksiran, semoga membantu.,

 

APA ITU CUKAI TAKSIRAN

Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar seperti Bangunan Kediaman, Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel, Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang), Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang), Tanah Kosong (Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan) yang terletak di dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuantan.

 

KENAPA PERLU BAYAR CUKAI TAKSIRAN

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran. Sekiranya gagal menjelaskan cukai pintu, harta anda boleh DISITA mengikut Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

KADAR BAYARAN CUKAI TAKSIRAN MBK

Kadar cukai pintu ditetapkan berdasarkan nilai hartanah atau rumah kediaman penghuni. Nilai cukai di sesebuah bandar besar adalah lebih berbanding di bandar kecil. Kebiasaannya, bayaran cukai pintu adalah dalam lingkungan 9 peratus hingga 10 peratus daripada nilai harta.

 

TEMPOH BAYARAN CUKAI TAKSIRAN MBK

Untuk makluman, cukai pintu perlu dijelaskan 2 kali setahun iaitu pada :

  • 1/2 tahun pertama – 1hb Januari hingga 28hb Februari setiap tahun
  • 1/2 tahun kedua – 1hb Julai hingga 31hb Ogos setiap tahun

NOTA: Tindakan Jika Tidak Menjelaskan Bayaran dalam Tempoh. Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, anda akan dikenakan tindakan-tindakan seperti Notis Borang E akan dikeluarkan kepada anda. Anda akan dikehendaki menjelaskan bayaran dalam masa 15 hari daripada tarikh notis. Denda/bayaran lewat dikenakan kepada baki terakhir tunggakan – Seksyen 147 (I) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

CARA SEMAK NO AKAUN CUKAI TAKSIRAN MBK

Anda boleh menyemak pada resit atau bil pembayaran yang lalu atau menghubungi PBT berkaitan untuk mendapatkan nombor akaun tersebut.

 

CARA SEMAK CUKAI TAKSIRAN MBK

Semakan boleh dibuat dengan melayari:

  1. Layari potal Pusat e-Bayar
  2. Log masuk akaun anda, jika anda pengguna bahau hendaklah mendaftar terlebih dahulu.
  3. Setelah berjaya log masuk, anda boleh mengakses untuk menyemak cukai taksian anda

 

CARA BAYARAN CUKAI TAKSIRAN MBK

Untuk membuat bayaran cukai pintu secara online, berikut adalah merupakan bentuk kemudahan bayaran yang disediakan ialah :

  • Bayaran Ansuran Bulanan.
  • Bayaran Melalui Arahan Bayaran Bulanan Cukai Taksiran Am.
  • Bayaran Melalui Pos.
  • Bayaran Melalui Kad Kredit.
  • Bayaran Melalui Sewa Bulanan.
  • Bayaran Melalui Internet ‘Pay Online’ (Biller Code : 5660) dengan melayari laman web berikut:-
  1. Bayaran Melalui Pusat e-Bayar

 

SOALAN LAZIM (FAQ) CUKAI TAKSIRAN MBK

Bolehkah saya melaksanakan semakan bil atau akaun menggunakan nombor kad pengenalan?

  • Semakan hanya boleh dilaksanakan melalui nombor akaun sahaja bertujuan melindungi data daripada diakses oleh individu atau pihak yang tidak berkaitan bagi menjamin perlindungan kerahsiaan data yang lebih baik di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bolehkah saya melaksanakan pembayaran bil bagi individu atau pihak lain?

  • Boleh, dengan syarat anda mempunyai maklumat nombor akaun dan nama PBT berkaitan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai semakan cukai Taksiran MBK, anda boleh layari portal rasmi Majlis Bandaraya Kuantan

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment